“Jangan Biarkan,” Doktor Kongsi 5 Perkara Kena Buat Kalau Air Masuk Telinga

5 Perkara Kena Buat Kalau Air Masuk Telinga

“Jangan Biarkan,” Doktor Kongsi 5 Perkara Kena Buat Kalau Air Masuk Telinga

Masalah telinga masuk air pasti pernah berlaku kepada semua individu setiap kali mandi atau berenang. Perkara ini menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa yang terpaksa dihadapi oleh setiap individu.

Selalunya, masalah air masuk telinga ini akan mengakibatkan telinga berasa geli dan gatal serta pendengaran seseorang menjadi terbatas.

Bagaimanapun, air yang masuk ke dalam telinga sebenarnya tidak menjadi masalah yang serius kerana air tersebut akan kering dan dapat keluar dengan sendirinya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Namun begitu, keadaan seseorang individu itu akan menjadi lebih teruk sekiranya air terperangkap di dalam telinga pada waktu yang lama.

Lebih buruk lagi, jika telinga dikorek dengan menggunakan jari atau apa-apa alatan, ia sudah tentu akan menjadi luka dan membawa kepada risiko jangkitan kuman.

Gambar: HearingSol

Menurut Dr Ahmad Samhan, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan sekiranya air masuk ke dalam telinga dan langkah yang perlu diikuti. Oleh itu, ikuti perkongsian daripada beliau seperti berikut.

Jika air masuk dalam telinga anda dilarang buat 3 perkara ini !!

1. Guna putik kapas

-Tahi telinga akan termasuk ke dalam telinga lebih dalam! Ia juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam telinga.

2. Memasukkan jari atau kuku ke dalam telinga!

-Perbuatan ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman atau sekitar lubang telinga !

3. Membiarkan saja tanpa buat sebarang tindakan!

-Jika anda membiarkan sahaja air di dalam telinga, telinga anda boleh mendapat jangkitan bakteria yang teruk !

Langkah yang perlu dilakukan

Apa yang anda perlu lakukan jika air masuk telinga?

Jom Ikuti langkah berikut!

#1. Keringkan bahagian luar telinga dengan kain yang lembut.

#2. Sengetkan kepala ke arah berlawanan agar air tadi dapat mengalir keluar.

#3. Tarikkan cuping telinga yang dimasuki air ke bawah untuk memudahkan aliran air.

#4. Gunakan alat pengering rambut ke arah telinga yang dimasuki air dengan frekuensi terendah.

#5. Dapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau hospital.

Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk mengeluarkan sebarang bendasing yang termasuk dalam telinga, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan okay!

 – Dr Ahmad Samhan –

Sumber: Twitter

The post “Jangan Biarkan,” Doktor Kongsi 5 Perkara Kena Buat Kalau Air Masuk Telinga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*