Jangan Lepaskan Ikan Baung Ekor Merah Sesuka Hati Demi Selamatkan Ekosistem Sungai

ikan baung merah sungai

Jangan Lepaskan Ikan Baung Ekor Merah Sesuka Hati Demi Selamatkan Ekosistem Sungai

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melepaskan ikan baung merah sesuka hati kerana kehadirannya mampu menggugat ekosistem akuatik di Malaysia.

Sebaliknya, masyarakat digalakkan untuk mengeluarkan ikan tersebut dari kawasan perairan air tawarsecara serta merata.

Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Dr Siti Norita Mohamad. menyarankan agar pemancing di Malaysia membantu dalam mengeluarkan ikan baung ekor merah dari perairan sungai.

Difahamkan, tindakan ini dapat menyelamatkan ikan-ikan asli tempatan, sekali gus menyelamatkan ekosistem sungai di negara kita.

Jelas Siti Norita, usaha itu penting kerana diet ikan baung ekor merah ialah 50 peratus terdiri daripada ikan asli tempatan serta udang galah.

“Apabila perut ikan ini dibelah, terdapat ikan tempatan di dalam perut ikan ini. Memang kami galakkan pemancing untuk memancing dan keluarkan ikan ini … jangan lepaskan ke dalam sungai,”

Beliau memberitahu pemberita pada Hari Terbuka IPP Glami Lemi dan Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui, semalam.

Tambahnya, sungai-sungai di Perak dan Selangor antara yang lokasi yang menghadapi masalah kehadiran ikan baung ekor merah ini secara serius.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Doreen Wee Siew Leen menjelaskan bahawa pihaknya dan IPP Glami Lemi turut mengadakan program bagi memburu spesies ikan tersebut di Sungai Triang.

“Di Sungai Triang memang tidak serius seperti di Selangor tetapi kami ada jumpa dua ekor ikan ini menggunakan tajur dan menjala, walaupun saiz kecil dan seberat tiga kilogram, apabila buat pembedahan ada telur, itu yang kami bimbang,” ujarnya

Ikan baung ekor merah bersifat agresif, ancam habitat sungai tempatan

Ini bukan kali pertama orang ramai diingatkan berkenaan ikan tersebut serta kesan-kesan negatif kewujudan di dalam sungai-sungai Malaysia.

Sebelum ini, ikan baung ekor merah dikatakan bakal memusnahkan spesies ikan sungai tempatan yang berada di sepanjang sungai di Pahang dalam masa terdekat sekiranya tidak dicegah dengan segera.

Menurut Astro Awani, ikan ini atau dipanggil ‘baung Mekong’ atau ‘redtail catfish’ mula dikesan di Pahang sejak lima tahun lalu.

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, ikan jenis ini berasal dari Sungai Mekong di Vietnam.

Tambahnya lagi, spesies tnvasif ini telah dilaporkan berada di ekosistem perairan air tawar Malaysia sejak lima tahun lepas.

“Ikan ini berkemungkinan dibawa masuk secara haram dan tidak melalui pihak berkuasa kerana mungkin dibawa masuk anak benih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kata Ahmad Nazlan, ikan ini mampu membesar dan berukuran sehingga 130 cm (51 inci) dengan berat maksimum mencecah 80 kilogram.

Bukan itu sahaja, ikan spesies ini juga dipercayai merupakan  jenis ikan keli yang terbesar di Asia.

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Sumber: Astro Awani

 

The post Jangan Lepaskan Ikan Baung Ekor Merah Sesuka Hati Demi Selamatkan Ekosistem Sungai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*