Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD

Masjid MADAD taman permainan hotel kapsul

Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD

Kebiasaannya, masjid menawarkan kemudahan asas kepada pengunjung yang hadir seperti tandas dan tempat untuk mendirikan solat.

Manakala, masjid-masjid besar pula biasanya menawarkan kemudahan yang lebih banyak seperti perpustakaan, bilik mandi dan bilik persinggahan musafir.

Namun, anda pasti tidak dapat mengawal diri daripada merasa kagum akan kemudahan yang ditawarkan dalam masjid ini.

Masjid Murtadha Dakwah Centre atau Masjid MADAD yang terletak di Sungai Petani, Kedah telah siap dibina pada 20 Mac tahun lepas.

Siapa sangka bahawa masjid ini menawarkan kemudahan yang bersifat lain dari yang lain kepada pengunjung yang hadir ke situ.

Seorang pempengaruh TikTok, TomFitree (@tomfitree) telah menunjukkan kemudahan masjid yang luar biasa menerusi perkongsiannya di laman tersebut.

Jelasnya, walaupun masjid tersebut baru siap dibina dan berusia setahun jagung, aktiviti dan program berkaitan dakwah telah pun bermula dengan begitu rancak.

Menurut kebiasaan, taman permainan kanak-kanak akan diletakkan pada bahagian luar bagi mengelakkan gangguan bunyi bising.

Berbeza dengan Masjid MADAD, taman permainan kanak-kanak dibina di dalam masjid. Maka, kanak-kanak boleh bermain-main dengan bebas ketika ibu bapa menjalani aktivti di dalam masjid.

MADAD Centre

Mungkin anda tertanya-tanya, adakah suara kanak-kanak yang bermain di taman permainan akan kedengaran dan menganggu jemaah.

Jawapannya tidak. TomFitree mengatakan bahawa ruang permainan kanak-kanak di Masjid MADAD tertutup dan kedengaran kurang bising jika berada di ruang solat.

Pada masa yang sama, terdapat cermin kaca lutsinar yang membantu ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka bermain di ruangan tersebut dari bahagian luar.

Melihat perkara ini, pempengaruh yang sering berfokuskan pada kandungan perlancongan memetik ayat dari Sultan Muhammad Al-Fateh.

‘Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa kanak-kanak riang di saf salat masjid-masjid, maka takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masa itu,’

Pembinaan taman permainan ini boleh merangsang minat kanak-kanak untuk ke masjid, sekali gus mendorong mereka untuk menyertai aktiviti dan program di masjid.

Dalam bahagian taman permainan pula, terdapat gelongsor dan beberapa permainan yang membantu kanak-kanak untuk mengenal huruf-huruf hijaiyah.

Masjid ini juga tawarkan hotel kapsul buat para musafir

Selain memberikan hiburan kepada kanak-kanak, Masjid MADAD ini turut memberikan kemudahan kepada pengunjung yang datang dari tempat yang jauh.

Dengan menggunakan konsep hotel kapsul dari Jepun, pihak pengurusan masjid telah menyediakan kemudahan penginapan buat para musafir secara efisien.

Hotel kapsul di Masjid MADAD dilengkapi penghawa dingin dan setiap kapsulnya turut disediakan dengan lampu dan soket untuk penggunaan peralatan elektrik.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuka tirai pada kapsul anda jika inginkan privasi daripada penginap-penginap lain.

@tomfitree

Replying to @Ustaz Yaakub Yusra Terima kasih Ustaz. Masjid punya cantik la ustaz. Memang selesa. Korang datang sini. Ada taman permainan anak-anak dan ada capsule hotel. Share video ni supaya beri manfaat ramai orang. #tomfitree #fyp #masjid #indoorplayground #capsulehotel #madad #sungaipetani #kedah

♬ Cooking Time – Lux-Inspira

Serba sedikit mengenai Murtadha Dakwah Centre (MADAD)

Murtadha Dakwah Centre ditubuhkan di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah pada awal Januari 2018. Pada awalnya, pusat dakwah ini dikenali dengan nama “Pusat Dakwah Darul Murtadha”.

Pengasas bagi pusat dakwah adalah arwah Ustaz Murtadha Yusof yang telah meninggal dunia pada 10 Januari 2018 disebabkan kemalangan jalan raya.

Kemudian, legasinya ini disambung oleh adiknya, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra. Beliau telah mengambil alih hal ehwal pengurusan untuk operasi pembangunan dan pendidikan yang dikenali pada hari ini.

Kini, MADAD telah beroperasi selama dua tahun dan memiliki beberapa institusi di bawah naungannya. Antaranya, Maahad Integrasi Madad (MIM), MAsjid MADAD dan lain-lain lagi.

Buat masa sekarang, MADAD mengadakan program pendidikan umum seperti Klinik Al-Fatihah dan Halaqah Pengajian Al-Quran & Fardu Ain dibuka kepada masyarakat sekitar Sungai Petani secara percuma.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: TomFitree via TikTok & MADAD

The post Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*