Jangan Panik, Ini Perkara Kena Buat Bila Tersesat Dalam Hutan

langkah sesat hutan

Jangan Panik, Ini Perkara Kena Buat Bila Tersesat Dalam Hutan

Aktiviti luar seperti mendaki bukit, gunung atau bermandi-manda di sungai sememangnya menyeronokkan khususnya kepada mereka yang menggemari sukan lasak.

Ini kerana akitiviti ini mampu menenangkan fikiran daripada kesibukan kerja di samping dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan lebih dekat.

Kebiasaannya jika masuk ke mana-mana hutan, pastinya mempunyai  trek laluan khas yang disediakan untuk para pengunjung melaluinya dengan selesa dan selamat.

Walau bagaimanapun, setiap lokasi mempunyai cabaran yang berbeza dan jalan yang mengelirukan. Perkara ini kadangkala boleh mengundang kepada kejadian sesat.

Sekiranya anda menyedari diri telah sesat di dalam hutan, tentunya perasaan panik menyelimuti diri. Jadi apa yang perlu dilakukan?

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan tip bermanfaat yang disampaikan @tuan_hutan di TikTok. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Kalau Sesat Dalam Hutan Buat Benda Ni

Gambar: TikTok @tuan_hutan

Jangan Panik

Menurutnya, sekiranya diri menyedari telah tersesat di dalam hutan tanpa peralatan, jangan terus panik.

“Tindakan pertama jangan panik. Sabar, walaupun anda tak bawa makanan, tak bawa apa benda semua,” katanya sambil menambah hanya perlu mencari sumber air untuk meneruskan hidup.

BACA: Jangan Main Lepas Kat Sungai, Ni Cara Betul Buang Air Kecil & Besar Di Hutan

Tanda Kawasan

Yang kedua, dia memberitahu mereka yang tersesat perlu menanda kawasan yang dilalui seperti mematahkan pokok-pokok di sekeliling dan mengotorkan keadaan tanah dimana-mana sahaja. Ia sebagai petunjuk buat diri.

Cari Kesan Manusia

Gambar: TikTok @tuan_hutan

Tip yang ketiga (paling penting) adalah mencari kesan yang ditinggalkan oleh manusia.

Ujarnya, terdapat dua kaedah untuk mencari kesan manusia iaitu di kawasan puncak bukit (permatang-permatang bukit) dan di tepi-tepi air.

Cara Cari Kesan Manusia di Puncak Bukit

Gambar: TikTok @tuan_hutan

Dalam perjalanan menuju ke puncak bukit atau gunung, anda juga perlu memetik satu daun setiap 100 langkah. Ia bertujuan untuk mengenal pasti laluan yang anda gunakan.

“Untuk pengetahuan semua, di permatang-permatang, kenapa kita cari kesan dekat permatang-permatang kerana di permatang-permatang bukit ataupun gunung selalunya digunakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Hutan, kumpulan-kumpulan pendaki, tentera-tentera yang menjalankan latihan dan pencari akar kayu,” ujarnya dalam klip berkenaan.

Selepas itu, periksa kawasan yang mempunyai kesan manusia seperti laluan atau pun trek yang digunakan oleh manusia.

@tuan_hutan

Part 4 : Demonstrasi jika sesat seorang diri tanpa bantuan. Sampaikan ilmu ini kepada semua sehinggalah kepada anak-anak di sekolah. Ikut 2 teknik yang saya ajar ini, dalam video ini adalah teknik pertama. Semoga bermanfaat #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #hikingtiktok #sesat #trackking #ilmuhutan #tenteradarat #sniper #kecemasan #survival #foresttiktok #sesatdalamhutan #sesat #sesatjalan

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Cara Cari Kesan Manusia di  Tepi Air

Seterusnya, kaedah kedua dalam mencari kesan manusia jika tersesat adalah mencari laluan air atau sumber air. Namun ia perlu dijumpai dalam tempoh tiga hari.

Meskipun tujuan adalah menemukan alur air, namun dia menasihati agar tidak berjalan atau menggunakan laluan air kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.

“Apa yang kita boleh buat adalah kita jadikan alur air itu sebagai panduan. Sebab bila kita ikut air dia akan melalui jeram, dia akan melalui air terjun, dia akan melalui batu-batu tinggi,” katanya.

Tambahnya, sepanjang mengikuti alur air, pastikan diri berada antara 20 hingga 30 meter daripada air. Laluan ini kebiasaannya digunakan oleh pencari akar kayu, kumpulan memancing, laluan kayu balak, orang asli dan sebagainya.

Langkah ini berpotensi untuk anda menemui kesan yang ditinggalkan oleh manusia di tepi alur air.

@tuan_hutan

Part Akhir : Sambungan dari video-video lepas. Tengok sampai habis. Semoga bermanfaat untuk semua sahabat #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #sesat #kecemasan #ilmuhutan #foresttiktok #trackking #hikingtiktok #survival #sniper #tenteradarat #sungai #sungai

♬ original sound – TUAN HUTAN – TUAN HUTAN

Ikut laluan Manusia

Kemudian, ikut laluan tersebut sehingga anda menemui kesan-kesan yang ditinggalkan oleh manusia seperti plastik ataupun botol.

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @tuan_hutan

The post Jangan Panik, Ini Perkara Kena Buat Bila Tersesat Dalam Hutan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*