“Jangan Panik,” Lelaki Cemas, Ular Sawa Tiba-Tiba Muncul Atas Cermin Kereta

ular sawa atas cermin kereta

“Jangan Panik,” Lelaki Cemas, Ular Sawa Tiba-Tiba Muncul Atas Cermin Kereta

Sebut sahaja ular, siapa sahaja yang tidak takut dengan reptilia ini.  Di seluruh pelusuk dunia, terdapat pelbagai jenis spesies ular dari pelbagai habitat.

Bukan sahaja itu,  di setengah kawasan, haiwan ini dianggap sebagai “semangat” atau penjaga dan masih menjadi dongeng.

Realitinya, kebanyakan reptilia berdarah sejuk ini sangat berbahaya kerana bisanya yang boleh membunuh dan lilitan yang boleh mematahkan tulang.

Dari segi saiz, haiwan ini juga mampu menelan seekor kambing dengan sekali lahap sahaja walaupun dengan saiz badan yang sukar dipercayai khususnya ular sawa.

Oleh hal demikian, tidak hairan mengapa ramai yang hilang darah sekiranya bertembung dengan haiwan ini.

Bahkan, ular juga boleh dijumpai luar habitatnya seperti di kawasan kediaman rumah dan bersembunyi di kawasan seperti dalam kenderaan, kasut dan sebagainya.

Ular Sawa Atas Cermin Kereta

Baru-baru ini, tular di media sosial, seekor ular dipercayai jenis Sawa Batik secara tiba-tiba muncul di atas sebuah kenderaan.

Menerusi klip rakaman yang dimuat naik oleh @mr.mkecik memaparkkan situasi cemas yang dialami oleh dua orang lelaki yang berada di dalam kereta itu.

Riuh Sekampung Dalam Kereta

Dalam video berdurasi seminit 25 saat tersebut, reptilia berwarna coklat itu menyusur-nyusur di atas cermin kereta yang sedang bergerak.

Perkara itu menimbulkan panik kepada pemuda yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Keadaan semakin parah apabila reptilia itu bergerak dari cermin depan menuju cermin penumpang hadapan.

BACA JUGA: Tengah Syok Rakam, Pemilik Rumah Terkejut Tiba-Tiba Ular Terpelanting Dari Kipas Siling

Salah seorang penumpang tidak senang duduk melihat ular sawa itu mundar-mandir di atas cermin kereta.

Sempat Usik Rakan

Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan dipercayai rakan salah seorang penumpang kelihatan tenang dan sempat mengusik rakannya itu sewaktu reptilia itu bergerak mendekati sisi tingkap.

“Jangan panik.. jangan panik. Macam mana ni.. macam mana nak settle ni?” ujar pemandu kenderaan itu.

Dalam perbualan cemas tersebut mereka berkata bakal membawa ular sawa berkenaan terus ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Walau bagaimanapun, belum sempat ke sana, haiwan itu tergelincir jatuh di atas jalan raya.

Terpancar Keseronakan

Susulan itu, teriakan kegembiraan jelas terpancar menerusi audio video berkenaan.

Reaksi Warganet

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan video tersebut. Sebahagian mereka pecah perut melihat gelagat pemuda di dalam kenderaan tersebut.

ular sawa atas cermin kereta

ular sawa atas cermin kereta

Setakat ini, video tersebut telah memperolehi lebih 1.8 juta tontonan dengan lebih 143,000 tanda ‘Suka’ dan hampir 4,000 komen di platform tersebut.

@mr.mkecik

#fypシ゚vir #fypシ ular 🐍

♬ original sound – Andi – Andi

Sumber: TikTok @mr.mkecik

The post “Jangan Panik,” Lelaki Cemas, Ular Sawa Tiba-Tiba Muncul Atas Cermin Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*