Terima Kecaman Hebat Dari Netizen, Alang’s Rawa Resort Bakal Saman Noreen Iman & Bella Khan

Alang's Rawa Resort saman noreen iman bella khan

Terima Kecaman Hebat Dari Netizen, Alang’s Rawa Resort Bakal Saman Noreen Iman & Bella Khan

Alang’s Rawa Resort dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang pempengaruh yang memberikan ulasan negatif di media sosial terhadap perkhidmatan resort tersebut.

Tindakan itu dibuat Alang’s Rawa Resort selepas mereka didakwa mendapat kecaman dan ugutan dari orang ramai.

Menurut kenyataan itu, pada 13 hingga 14 Ogos lalu beberapa hantaran telah dibuat oleh dua individu yang dikenali sebagai Noreen Iman dan Bella Khan.

Dua individu itu telah didakwa mengkritik Alang’s Rawa Resort berkaitan kualiti perkhidmatan pelanggan, sistem pengurusan dan penginapan resort tersebut.

Hantaran perkongsian dua individu tersebut kemudiannya telah tersebar dengan meluas di laman X dan Instagram.

Justeru kenyataan yang dibuat oleh Alang’s Rawa Resort ini bertujuan bagi menjawab tuduhan yang diberikan oleh dua individu terbabit.

Kami memadankannya dengan perkhidmatan yang mesra dan membantu dalam suasana pulau yang santai, seperti yang kami percaya ia sepatutnya.

Apa yang kami tawarkan, perkhidmatan kami dan kemudahan kami, dinyatakan dengan sangat jelas kepada semua tetamu kami sebelum membuat tempahan.

“Kami tidak memaksa sesiapa pun untuk menempah dengan kami, kami juga tidak menggunakan sebarang bentuk pengiklanan palsu,” tulis kenyataan itu. 

Pihak pengurusan resort tersebut juga turut menegaskan bahawa pihaknya tidak langsung menerima sebarang aduan daripada pempengaruh tersebut ketika mereka menetap di situ.

Sebelum membuat hantaran di media sosial, Norreen Iman dan Bella Khan atau mana-mana wakil mereka tidak pernah secara langsung membuat aduan kepada kami.  Terutamanya semasa mereka berada di resort kami. 

Sepanjang penginapan mereka di resort kami, terdapat komunikasi langsung antara pengurusan kami dan mereka atas sebab-sebab yang mereka ketahui dan tidak didedahkan di sini.

“Oleh itu, tiada asas atau alasan boleh menghalang mereka daripada menyampaikan aduan mereka secara terus kepada kami,” tambah kenyataan itu lagi. 

Pihak Alang’s Rawa Resort dikatakan turut menasihati individu terbabit untuk menyerahkan aduan mereka dengan butiran kepada pengurusan.

Sebaliknya, dua individu terbabit dikatakan telah menyalahgunakan pengaruh media sosial mereka dan menyerang perniagan resort tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Difahamkan, kesan daripada perkongsian dua individu terbabit, resort tersebut dikatakan telah mendapat cemuhan dan penghinaan daripada orang ramai.

Bukan itu sahaja, resort itu turut memaklumkan bahawa mereka mendapat ugutan bunuh ekoran kejadian itu.

Oleh disebabkan mendapat ugutan tersebut, pihak resort akhirnya telah membuat laporan polis dan memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, Norreen dan Bella Khan telah berkongsikan di media sosial berkenaan layanan yang tidak memuaskan diberikan oleh resort tersebut terhadap mereka.

Mereka dilaporkan telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk bercuti di resort berkenaan,

Perkongsian mereka berkenaan resort tersebut lantas menjadi tular di media sosial.

Sumber: Instagram/Alang’s Rawa Resort

The post Terima Kecaman Hebat Dari Netizen, Alang’s Rawa Resort Bakal Saman Noreen Iman & Bella Khan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*