Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann Dengan Sekali Lafaz

Janna Nick

Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann Dengan Sekali Lafaz 

Pelakon popular Janna Nick dilaporkan sah menjadi isteri kepada aktor Dini Shcztzmann dalam satu majlis pernikahan secara tertutup yang diadakan di sebuah masjid di Langkawi.

Majlis akad nikah itu berlangsung pada hari ini, kira-kira pukul 8.35 pagi tadi. Dengan sekali lafaz, Dini sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular itu.

Dini dan Janna dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya dengan berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan iaitu Amir Fikri dan Amar Fikri.

Majlis yang bertemakan warna putih itu telah menyaksikan Dini menyerahkan mas kahwin sebanyak RM2,703 kepada Janna berserta seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin tersebut dipercayai diambil bersempena dengan simbolik tarikh perkenalan pasangan itu pada 27 Mac 2019 yang lalu.

Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu telah dihadiri oleh kaum keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis

Beberapa rakan artis juga dilihat hadir ke majlis tersebut antaranya Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid dan Dayah Bakar.

Pasangan tersebut seterusnya akan diraikan dalam majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

Sebelum itu, majlis doa selamat dan bacaan yassin telah diadakan pada malam tadi yang turut dihadiri oleh penceramah Ustaz Wadi Annuar.

Acara pernikahan bertemakan serba putih itu turut disiarkan secara langsung oleh Gempak menerusi akaun TikTok miliknya.

BACA: Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?

Terdahulu, sekitar bulan Februari, Dini pernah memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan satu berita besar berkaitan hal peribadinya. Perkara itu turut dikatakan berkait rapat mengenai hubungannya dengan Janna.

Dalam pada itu, terdapat juga khabar angin bertebaran yang mendakwa pasangan itu bakal bernikah di Langkawi pada 10 Jun ini.

Malah, mereka dikatakan telah memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi bagi meraikan hari bersejarah tersebut.

Sumber: Astro GEMPAK

The post Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann Dengan Sekali Lafaz appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*