Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Singapura 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Kallang Football Hub, Singapura, semalam.
Tiga gol Harimau Selatan itu dijaringkan oleh Nazmi Faiz dalam separuh masa pertama, dan dua lagi gol menerusi Mohamadou Sumareh, dan pemain import baru dari Colombia, Jorge Obregon pada baki 45 minit lagi.
Perlawanan itu menjadi medan terbaik buat beberapa muka baru yang dibawa masuk untuk beraksi bagi memperkuatkan juara 10 kali liga super berturut-turut itu.
sumber: SA
JDT akan meneruskan kempen Liga Super 2024/2025 berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 22 September nanti.