Jelajah Perikanan “Rasa-Rasa Akuakultur”

WISMA TANI, 27 Februari 2023 – Jelajah Perikanan “Rasa-rasa Akuakultur” diadakan sekali lagi bagi tujuan mempromosi dan menggalakkan masyarakat dalam pengambilan ikan akuakultur sebagai hidangan harian. Usaha ini adalah selaras dengan amanat YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memperkasakan industri akuakultur yang kini merupakan satu daripada lima (5) fokus utama KPKM selain dari memenuhi keperluan sumber protein rakyat Malaysia.

Melalui program-program dan promosi seperti hari ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berharap dapat meningkatkan lagi pengeluaran ikan akuakultur sekaligus membantu menjana pendapatan penternak dan pengusaha produk berasakan ikan.

Program jelajah ini akan dilaksanakan di seluruh negara seperti yang dijalankan pada tahun 2022.

Jabatan akan memfokuskan kepada pengeluaran akuakultur 30% komoditi ikan serta rumpai laut menjelang 2025.

Spesies utama yang sedang diberi fokus dalam ternakan akuakultur adalah Tilapia, Patin dan Siakap. Jumlah pengeluaran bagi ketiga-tiga spesies ini adalah sebanvak 65,625.11 tan metrik (t.m.) yang mana ia menyumbang 16% kepada jumlah pengeluaran akuakultur pada tahun 2021. Bag nilai harga borong, ketiga-tiga spesies in menyumbang sebanyak 30% dengan nilai sebanyak RM1.027 bilion. Komoditi lain seperti dang pith, dang galah dan rumpai laut akan terus diberikan perhatian agar dapat menembusi pasaran keluar negara.

Timbalan Menteri KPKM, YB Chan Foong Hin berkata, dengan langkah pemerkasaan industri akuakultur ini, kita berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan ikan akuakultur sebagai menu pilihan harian selain ikan laut. Tambah beliau lagi, ikan air tawar tetap menyumbang protein sumber ikan yang sama diperlukan manusia.

Dalam program jelajah hari ini, seramai 8 usahawan dijemput khas bagi sesi jualan produk akuakultur. Mereka diberi peluang untuk menawarkan produk masing-masing pada harga yang menarik. DOF turut menjemput usahawan bimbingan jabatan dengan pelbagai variasi produk akuakultur marin (Laktut segar, snek seaweed, jus dan pizza berperisa seaweed) dan akuakultur air tawar (Patin tempoyak, Ikan Keli berempah dan RTE bento ikan Tilapia).

Orang ramai berpeluang mendapatkan produk akuakultur dengan harga yang berpatutan. Program Jelajah Perikanan “Rasa-rasa Akuakultur” yang dijalankan seluruh negara akan membantu dan menyokong kepada pembangunan produk-produk hiliran Akuakultur. Ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran dan permintaan kepada industri akuakultur.

The post Jelajah Perikanan “Rasa-Rasa Akuakultur” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*