Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Masih Dalam Peringkat Cadangan – JAKIM

Sijil Kursus Pra Perkahwinan

Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Masih Dalam Peringkat Cadangan – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari ini menjawab persoalan berkenaan tempoh sah laku sijil kursus pra perkahwinan Islam selama 10 tahun yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Menurut JAKIM, cadangan tempoh sah laku itu telah dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Perbincangan itu bagaimanapun masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan.

Tambah JAKIM, cadangan pelaksanaan tempoh sah laku itu dibuat bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah relevan mengikut peredaran zaman.

“Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin,” tulis kenyataan JAKIM menerusi hantarannya di Facebook.

BACA: Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi

Sehubungan dengan perkara itu, JAKIM berkata bahawa mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu apabila ia dimuktamadkan.

“JAKIM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ianya dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak,” akhiri kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam selama 10 tahun akan dikuatkuasakan bermula 1 Oktober depan.

Sumber: Facebook/JAKIM

The post Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Masih Dalam Peringkat Cadangan – JAKIM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*