Produk Terbaru Khairul Aming “Sold Out” Dalam Tempoh 3 Minit

Produk Terbaru Khairul Aming “Sold Out” Dalam Tempoh 3 Minit

Seperti yang dijangka, produk terbaru Khairul Aming, Dendeng Nyet Berapi telah habis dijual dalam tempoh tiga minit 39 saat.

Malah rekod baharu tercipta apabila dia berjaya mendapat hasil jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.

Menerusi live di TikTok, Khairul Aming bagaikan tidak percaya kerana 80,000 unit produk tersebut terjual dalam tempoh yang singkat.

Usahawan dan pempengaruh berusia 31 tahun itu juga meluahkan rasa syukur kerana dia dan pasukannya bekerja keras selama setahun untuk mengeluarkan produk tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih semua,” katanya.

Untuk pengetahuan, seorang pembeli hanya boleh mendapatkan enam paket sahaja pada malam ini. Namun, jelas sekali ramai yang tidak sempat membeli produk itu dan meminta agar Khairul Aming menjual lagi produk itu dalam tempoh waktu yang terdekat.

Bagaimanapun, Khairul Aming menjelaskan bahawa setakat ini pihaknya perlu menyelesaikan postage 80,000 unit itu terlebih dahulu dan jualan yang seterusnya akan dibuka selepas Tahun Baharu Cina.

Sumber: Khairul Aming

The post Produk Terbaru Khairul Aming “Sold Out” Dalam Tempoh 3 Minit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*