LinkedIn Buang 7,000 Pekerja & Bakal Tutup Aplikasi Di China

LinkedIn buang pekerja

LinkedIn Buang 7,000 Pekerja & Bakal Tutup Aplikasi Di China

LinkedIn menjadi firma teknologi terkini yang mengumumkan keputusan untuk membuang tenaga kerjanya, kira-kira 716 jawatan daripada 20,000 kakitangannya.

Aplikasi laman media sosial yang berfokuskan bisnes secara profesional itu juga akan mengurangkan peluang pekerjaannya di China secara beransur-ansur.

Jurucakap LinkedIn bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan mengekalkan kehadirian dalam pasaran China. Pasukan yang terlibat akan bertanggungjawab merekrut dan melatih tenaga kerja di luar negara.

Dalam satu surat daripada Pegawai Eksekutif LinkedIn, Ryan Roslansky berkata langkah pemberhentian tersebut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pelarasan operasi syarikat.

Selain buang pekerja, LinkedIn juga bakal tutup aplikasi di China

“Dengan permintaan pasaran dan pelanggannya yang kian menurun, serta untuk melayani pasaran baru muncul dan memastikan pertumbuhan dengan lebih berkesan, kami kini menumpukan kepada vendor,” katanya.

Bagaimanapun, perubahan yang dibuat juga akan membukan peluang kepada 250 pekerjaan baharu. Menurut Ryan, jawatan itu layak diisi oleh kakitangan bahagian jualan, operasin dan pasukan sokongan yang terlibat dalam pemberhentian.

Sebelum ini, banyak syarikat teknologi dilapor mula meninggalkan China sejak 2021, salah satunya berpunca daripada ‘persekitaran yang mencabar’. Syarikat aplikasi, InCaller juga akan mengurangkan operasinya disana dan kini hanya menawarkan khidmat dalam pasaran tempatan sahaja.

LinkedIn menjadi satu-satunya syarikat teknologi barat yang beroperasi secara penuh di negara Tembok Besar itu. Ketika dilancarkan pada 2014, syarikat berkenaan berjanji akan mematuhi semua peraturan yang dikenakan oleh kerajaan China untuk beroperasi disana.

Tindakan LinkedIn pada ketika itu turut mendapat respon negatif daripada Senator Amerika Syarikat, Rick Scott. Beliau menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘mengalah dan menyerah kepada kerajaan Komunis China’.

Meta turut buang pekerja

Dua bulan lalu, syarikat induk Facebook, Meta Inc. turut mengumumkan langkah pemberhentian kakitangannya secara besar-besaran.

Menurut laporan media, syarikat berkenaan akan membuang kira-kira 10,000 kakitangan dalam tempoh beberapa bulan seterusnya. Manakala sebanyak 5,000 peluang pekerjaan pula tidak akan diisi.

Antara alasan pemberhentian tersebut adalah usaha syarikat tersebut untuk menjadi cekap tenaga selain persedian berdepan situasi getir ekonomi global.

BACA: Macam Tak Percaya, Suri Rumah Ada Pendapatan Cecah RM5k Sebulan Hasil Buat Kerja Sambilan

Sumber: BBC

The post LinkedIn Buang 7,000 Pekerja & Bakal Tutup Aplikasi Di China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*