Empat Kakitangan Jabatan Perikanan Johor Ditemukan Selamat Di Perairan Indonesia

Kakitangan Jabatan Perikanan Johor selamat

Empat Kakitangan Jabatan Perikanan Johor Ditemukan Selamat Di Perairan Indonesia

ISKANDAR PUTERI, 1 Mac (Bernama) — Empat kakitangan Jabatan Perikanan Johor beserta bot yang dilaporkan hilang semalam, ditemui selamat di kedudukan satu batu nautika Pulau Kepalajerai, berdekatan Batam, Indonesia, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria,berkata keadaan kesemua mereka juga sihat ketika ditemui Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada jam  1.45 tengah hari tadi.

Beliau berkata kakitangan tersebut adalah Pembantu Perikanan Pengkalan Perlindungan Sumber Tanjung Sedili, Fatimah Razak, 36, serta Pembantu Laut, Zaharin Baharudin, 33, Abd Halim Sanip, 52 dan Mohd Marzuki Jusoh, 53.

BACA JUGA: Bot Jabatan Perikanan, Empat Kru Dipercayai Hilang Dalam Perjalanan Ke Pangkalan Tampoi

“Bot yang dinaiki mereka itu dipercayai mengalami kerosakan bateri sebelum hanyut sehingga ke perairan negara itu kira-kira 13 batu nautika dari lokasi terakhir dikesan.

“Kita dalam proses untuk membawa pulang bot itu, yang kini dalam proses pembaikan oleh TNI. Kesemua mereka akan diiringi TNI semasa proses serahan di perairan Johor Barat hari ini,” katanya pada sidang media di Jeti Maritim Sungai Pulai, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Johor Zainudin Abd Wahab.

Nurul Hizam pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat termasuk TNI, Konsulat Jenderal Indonesia dan Konsulat Jeneral Singapura yang turut sama membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata Op Carilamat juga secara rasminya ditamatkan pada jam 2 petang tadi.

Semalam, bot tersebut terputus hubungan dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira  jam12.45 tengah hari, yang sepatutnya dijangka tiba di Pangkalan Tampoi, di Johor Bahru, pada jam 6.30 petang, hari yang sama.

Sumber: BERNAMA

The post Empat Kakitangan Jabatan Perikanan Johor Ditemukan Selamat Di Perairan Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*