Luar Biasa, Pesawat Terhempas Tapi Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup

Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup

Luar Biasa, Pesawat Terhempas Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup

Dua juruterbang dipercayai mengalami nasib luar biasa apabila sempat melarikan diri selepas pesawat pengebom air dipandu mereka terhempas dan terbakar di kawasan terpencil Australia Barat pada Isnin lalu, memetik laporan Daily Star.

Difahamkan, pesawat Boeing 737 tersebut terhempas dan meletup di Taman Negara Fitzgerald yang terletak kira-kira 420km (260 batu) tenggara Perth.

Melihat kepada gambar yang dikongsikan dari lokasi nahas menunjukkan kepulan asap yang tebal dari pesawat dengan bahagian belakangnya terbakar sepenuhnya.

Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup
Kredit: West Australian Department od FI via Daily Star

Susulan itu, pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian dan menemui komponen belakang pesawat yang terpisah daripada bahagian yang lain.

Namun menakjubkan, kedua-dua juruterbang yang terlibat dalam nahas berkenaan boleh dikeluarkan dari hospital hanya sehari selepas insiden itu berlaku.

Sementara itu, Menteri Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Stephen Dawson memberitahu sidang media pada Selasa bahawa ia adalah sesuatu yang ajaib.

Apatah lagi apabila kedua-dua juruterbang itu masih mampu untuk menyelamatkan diri dan berjalan jauh dari pesawat itu.

“Kami sangat bersyukur kerana mereka sihat dan ia benar-benar luar biasa dan ia membuktikan mereka mahir sebagai seorang juruterbang,” tambahnya.

Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup
Kredit: West Australian Department od FI via Daily Star

Ketua Pesuruhjaya Biro, Angus Mitchell berkata, “Ia adalah hasil yang luar biasa bahawa kedua-dua anak kapal telah berjaya keluar dari pesawat dalam keadaan selamat dan sihat.

“Sebuah pesawat besar yang jatuh pada umumnya adalah suatu malapetaka. Sudah tentu pendaratan mendatar berbanding menegak ke tanah adalah satu perbezaan yang besar,” katanya.

Dalam pada itu, para penyiasat turut menyiasat lokasi kejadian itu pada Rabu, semalam.

Ditambah pula, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengatakan bahawa nahas tersebut adalah kemalangan pertama yang membabitkan Boeing 737 dalam sejarah Australia.

Imbas kembali, sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku pada Januari 2020, di mana ia telah mengorbankan tiga juruterbang warga Amerika.

Ia terjadi apabila sebuah kapal tangki C-130 Hercules terhempas di pantai timur New South Wales sehingga mengundang kepada kebakaran hutan pada ketika itu.

Sumber: Daily Star

The post Luar Biasa, Pesawat Terhempas Tapi Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*