Kamera 200MP & Harga Bawah 2k, Smartphone Padu Ni Harga Marhaen, Siap Bateri 5000 mAh

kamera 200mp

Sebagai seorang pengguna, kita mesti akan pilih barang keperluan yang boleh dipakai pada waktu yang lama dan sesuai dengan kegunaan harian. Antara ciri yang paling diambil berat dalam pemilihan telefon adalah harga, kualiti kamera, kadar segar semula (refresh rate), kapasiti bateri dan saiz RAM.

Bagi mereka yang menjadi ‘content creator’ di media sosial, telefon pintar yang mempunyai kesemua ciri tersebut pasti menjadi pilihan utama. Tambahan pula, syarikat penjualan telefon pintar saban hari mengeluarkan pelbagai model baru dengan kecanggihan dan harga yang berlainan di seluruh dunia.

Kalau ada telefon pintar berkualiti seakan ‘flagship’ tetapi harga mampu milik pasti akan menjadi rebutan. Jadi pada kali ini, Siakap Keli akan kongsikan kepada anda semua telefon pintar terbaru dengan prestasi seperti ‘flagship’ tetapi boleh dimiliki dengan harga bermula bawah RM2,000!

HONOR 90, paparan realistik dengan kamera super sensing 200MP

Jangan tak tahu,  jenama HONOR ada keluarkan telefon pintar mampu milik, iaitu HONOR 90 yang mempunyai 200MP untuk kamera super sensing dan kamera depan ultra clear 50MP yang mampu merakam butiran dengan jelas dan sempurna.

Bagi mereka yang suka gambar terlihat seperti ‘hidup’ atau ‘sebenar’ telefon HONOR 90 ini semestinya untuk anda kerana ia mampu menghasilkan tangkapan gambar atau video yang berciri realistik!

Kamera super sensing 200MP yang ada pada HONOR 90 ini dilengkapi dengan complementary metal-oxide semiconductor (CMOS) 1/1.4 inci, yang boleh menangkap butiran dengan lebih baik menggunakan mod resolusi tinggi.

Jadi walaupun anda merakam dalam keadaan gelap atau malap, kamera HONOR 90 mampu menyerap lebih banyak cahaya dan mencerahkan visual tersebut.

Bukan setakat kamera belakang je yang power, kamera depan pun menyokong rakaman kualiti sehingga 4K! Ia sesuai untuk mereka yang suka merakam video seperti vlogging selain mempunyai ultrawide angle yang boleh memuatkan lebih ramai orang.

Selain dari itu, ia juga datang dengan mod HDR yang mampu memberikan tangkapan jelas walaupun pada ketika itu korang membelakangi cahaya.

Fungsi yang ada untuk rakaman juga boleh dihasilkan dengan menarik dan interaktif kerana HONOR 90 mempunyai enam mod rakaman yang memberikan kebebasan dan fleksibaliti kepada pengguna untuk mencipta video mengikut gaya mereka.

Paling best, anda tak perlu pun untuk menyunting video tersebut kerana warna yang ditunjukkan terlihat HD. Tak perlu risau tentang kehabisan storan kerana HONOR 90 menyediakan memori dan storan besar iaitu 12GB+256GB dan 512GB mengikut bajet anda.

Walaupun berat HONOR 90 hanya 183 gram, telefon pintar itu masih menampilkan bateri besar 5000mAh jadi tiada kebimbangan bateri walaupun telah menggunakan ia selama satu hari. 

Telefon pintar itu juga memberi perlindungan mata di mana ia mempunyai teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz yang pertama di dunia. Ia mampu membantu pengguna melegakan keletihan dan ketegangan mata serta penglihatan kabur yang disebabkan oleh kerdipan skrin.

Manakala, HONOR 90 lite pula mempunyai storan besar dan memori pada 13(8+5)GB dan 256GB. Ia juga mempunyai kamera super sensing 100MP dan boleh didapatkan dengan harga serendah RM1,100!

Beli HONOR 90 5G sekarang untuk dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM647

Dengan harga RM1,799 anda akan dapat storan dan memori 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB. Anda juga boleh dapatkan hadiah percuma termasuk HONOR Earbuds X5, jaminan lanjutan 1+1 tahun dan perlindungan retak skrin selama 180 hari.

HONOR 90 lite yang berharga RM1,099 semestinya harga mampu milik untuk storan dan memori besar 8+256GB serta ia merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mahu memiliki telefon pintar dengan keupayaan kamera yang hebat.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan telefon pintar dengan harga tidak lebih RM2,000 di sini.

The post Kamera 200MP & Harga Bawah 2k, Smartphone Padu Ni Harga Marhaen, Siap Bateri 5000 mAh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*