Kamera RM23,000 Rosak Demi Rakaman Video “Timelapse” Aurora di Antartika

kamera time lapse aurora antartika

Kamera RM23,000 Rosak Demi Rakaman Video “Timelapse” Aurora di Antartika

Seorang lelaki telah mengorbankan sebuah kamera DSLR yang bernilai $5,000 (RM23k) dami percubaannya untuk merakam video time lapse fenomena a urora di kaki langit Antartika baru-baru ini.

Matthew Jordan, seorang pempengaruh yang sering berkongsi pengalamannya berkerja di Kutub Selatan menerusi akaun TikToknya, @mattykjordan.

Pengurus projek di Antartica New Zealand itu telah berkongsi hantaran berkenaan percubaannya untuk merakam fenomena aurora, semalam.

Dalam percubaan tersebut, beliau mendakwa bahawa kamera DSLR yang digunakan untuk tujuan tersebut telah rosak.

Kamera DSLR tersebut difahamkan bernilai kira-kira $5,000 (RM23,425.00) dan dilitupi dengan fros ketika ditemui semula.

“Saya telah merosakkan sebuah kamera yang bernilai $5,000 ketika cuba untuk merakam video time lapse aurora dari Antartika,”

kamera video time lapse aurora antartika
Kredit: TikTok

Dalam percubaan tersebut, Jordan telah membuat rakaman dari satu kawasan dan meletakkan kamera tersebut di atas sebuah tripod.

Walaupun kamera tersebut telah rosak, kad memori dalam kamera tersebut masih dapat memuatkan video yang dirakam dalam simpanan memorinya.

Menerusi kad memori tersebut, kita masih dapat melihat fenomena aurora yang berlaku pada kawasan paling selatan di atas muka bumi ini.

Seterusnya, Jordan menampilkan rakaman video time lapse yang dirakam menerusi kamera yang bernilai lebih dari RM23,000 itu.

“Adakah (pengorbanan) ini berbaloi,” soal Jordan menerusi ruangan komen.

Video time lapse tersebut telah berlangsung selama 1.00 minit dan menunjukkan corak cahaya yang yang memukau pada kaki langit Antartika.

Namun pada pertengahan video, cuaca tiba-tiba menjadi mendung dan kepulan awan telah menyelubungi langit di sana.

Menerusi paparan dari rakaman time lapse itu, kepulan awan tersebut telah menghalang cahaya unik sebelum ini kelihatan menerusi penglihatan mata kasar.

“Awan telah berarak semasa pertengahan video,”

kamera video time lapse aurora antartika
Kredit: TikTok

“Akan tetapi masih bersyukur kerana perkara ini berlaku sebelum bahagian yang paling menarik dalam video,”

Anda boleh menonton video timelpase berkenaan menerusi lampiran di bawah:

@mattykjordan

Was it worth it? #antarctica #antartica #canon #camera #timelapse #frozen #sacrifice #aurora #auroraaustralis #auroraborealis

♬ original sound – Matty Jordan | Antarctica

Untuk makluman, cahaya aurora terjadi daripada ledakan api kecil di matahari sehingga cahaya rtersebut menembusi ke atmosfera bumi.

Pada kebiasaanya, ribut solar ini bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan. Sungguhpun begitu, fenomena ini akan menyebabkan kekacauan pada bumi.

Hal ini kerana, ribut solar yang kuat  dikhuathiri boleh menyebabkan kekacauan di seluruh dunia serta berisiko memutuskan sistem komunikasi di bumi.

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: Matty Jordan via TikTok

 

 

The post Kamera RM23,000 Rosak Demi Rakaman Video “Timelapse” Aurora di Antartika appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*