Apa Maksud ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Produk? Ini Penjelasan Pakar Kimia

Seperti yang diketahui, setiap produk makanan, komestik, ubat-ubatan dan lain-lain mempunyai tarikh luput untuk mengingatkan kepada pengguna supaya mengambilnya dalam waktu yang diberikan.

Sekiranya dilihat pada produk terdapat banyak nombor yang tercatat hingga merunsingkan kepala pengguna dan akhirnya nombor tersebut diabaikan dan hanya makan mengikut firasat hati.

Oleh itu, bagi mengetahui penjelasan lebih lanjut, pakar kimia Fatimah Salim memberi penjelasan mengenai tarikh itu agar ramai dapat menggunakan produk tersebut dalam waktu terbaik. Semoga bermanfaat.

Tarikh Luput: Guna Sebelum vs Baik Sebelum

Kredit: Google via Fatimah Salim

Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?

Label tarikh luput diguna pakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan fokus kepada makanan dan minuman sahaja.

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Guna Sebelum (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Sumber: Fatimah Salim/Facebook

The post Apa Maksud ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Produk? Ini Penjelasan Pakar Kimia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*