Rang Undang-undang Hapus TikTok Di AS Diluluskan

rang undang-undang tiktok

Rang Undang-undang Hapus TikTok Di AS Diluluskan

Senat Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah meluluskan Rang Undang-undang yang membolehkan aplikasi popular, TikTok dihapuskan daripada syarikat induk, ByteDance atau ditutup daripada pasaran Amerika.

Lapor AFP, sebelum ini, AS dan pegawai barat yang lain telah menyuarakan kegusaran mereka mengenai populariti TikTok kepada golongan muda.

Mereka mendakwa ia membenarkan Beijing mengumpul data dan mengintip pengguna, susulan ia mempunyai sebanyak 170 juta pengguna di negara itu sahaja.

Dalam masa yang sama, pengkiritik juga mengatakan TikTok tunduk kepada Beijing dalam menjadi saluran menyebarkan propaganda.

Bagaimanapun, China dan syarikat tersebut telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Difahamkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada pakej bantuan asing bernilai $95 bilion yang termasuk dengan bantuan ketenteraan yang telah diluluskan Kongres.

Perkara itu kemudiannya akan dibawa ke meja Presiden AS, Joe Biden, untuk ditandatangani.

Rang undang-undang itu yang dipercayai boleh menggoyahkan syarikat tersebut daripada beroperasi di pasaran AS telah diluluskan Senat dengan undian 78-18 hasil sokongan kuat dua parti.

Sementara itu, Biden turut menyatakan beliau akan menandatangani undang-undang tersebut dan beliau juga mengulangi kebimbangannya tentang TikTok dalam perbualan telefon bersama Presiden China, Xi Jinping awal bulan ini.

BACA: Anak MB Antara Enam Direman Bantu Siasatan Kes Palsukan Dokumen

Berdasarkan Rang Undang-undang tersebut, ByteDance perlu menjual aplikasi itu dalam tempoh setahun atau dikecualikan daripada aplikasi Apple dan Google di AS.

Steven Mnuchin, yang berkhidmat sebagai setiausaha perbendaharaan AS di bawah pendahulu Biden, Donald Trump, berkata beliau berminat untuk membeli TikTok dan telah mengumpulkan sekumpulan pelabur.

Sejak beberapa tahun yang lalu, TikTok telah menjadi tumpuan pihak berkuasa Amerika di mana negara itu mengatakan platform tersebut membolehkan Beijing mengintip pengguna di AS namun larangan untuk melayarinya boleh mencetuskan saman.

Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Kongres memberikan Biden kuasa untuk menetapkan permohonan lain sebagai ancaman kepada keselamatan negara jika mereka dikawal oleh negara yang dianggap bermusuhan.

Sumber: AFP via Yahoo! Singapore

The post Rang Undang-undang Hapus TikTok Di AS Diluluskan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*