Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Ditetak Di Felda Sahabat

Kanak-kanak maut ditetak

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Ditetak Di Felda Sahabat

LAHAD DATU, 23 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan dipercayai dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50 dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, ibu dan bapa tiri mangsa yang juga warga asing serta pekerja am ladang di Felda berkenaan keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama suspek lelaki terbabit berumur 33 tahun.

“Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan objek tajam pada bahagian belakang kepala serta bahagian hadapan dan belakang leher selain putus tapak tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kredit PDRM

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Menurut Rohan Shah, pihaknya kini giat mengesan suspek warga Indonesia, berbangsa Timor dan merupakan pekerja am di ladang sama.

“Suspek telah menghilangkan diri selepas kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rohan Shah turut memohon kerjasama penduduk di sekitar Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain menerusi talian 013-9071709, bagi membantu mengesan suspek.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Ditetak Di Felda Sahabat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*