Bapa Mertua Tergamak Kelar Leher Menantu Sedang Hamil Sampai Mati Hanya Kerana Lapar 

kelar leher menantu lapar

Bapa Mertua Tergamak Kelar Leher Menantu Sedang Hamil Sampai Mati Hanya Kerana Lapar 

Seorang bapa mertua dilaporkan tergamak membunuh menantunya yang sedang mengandung tujuh bulan hanya kerana kelaparan, lapor Tribunnews.

Suspek berusia 53 tahun mengaku bahawa telah membunuh mangsa yang berusia 23 tahun kerana menghadapi banyak masalah.

“Saya sesak, fikiran gelap,” kata suspek kepada polis.

Mangsa yang sedang mengandung tujuh bulan itu sempat dikejarkan ke hospital, bagaimanapun mangsa tidak dapat diselamatkan.

Mangsa disyaki telah ditikam menggunakan senjata tajam dan mengalami kehilangan darah yang banyak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Purwodadi, AKP Pujiyanto berkata bahawa perbuatan suspek tercetus kerana dia berasa lapar.

“Alasannya lapar. Tapi menurut anaknya, suspek kerap kali marah-marah pada setiap malam,” kata Pujiyanto pada Rabu lalu.

Tambahnya, perubahan sikap panas baran suspek dikatakan telah berlaku sejak dua hari lepas sebelum kejadian kejam itu.

Menurut maklumat anak lelaki suspek, dia memberitahu bahawa alasan bapanya kelaparan adalah tidak masuk akal.

Mangsa sentiasa mengambil berat berkenaan suspek

“Anak suspek memberitahu bahawa mangsa sering mengambil berat tentang keadaan suspek. Mangsa dikatakan sering menyediakan makanan untuk suspek dan tidak pernah kelaparan,” kata Pujiyanto lagi.

Sementara itu, berhubung dakwaan pemerkosaan yang dilakukan suspek, Pujiyanto menjelaskan bahawa siasatan masih sedang dijalankan.

“Paling penting kita tahan suspek dahulu. Supaya dia tenang sebelum pemeriksaan dilakukan,” katanya.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan telah melarikan diri ke rumah jirannya.

Suspek kemudiannya memasuki bilik rumah jiran lalu mengunci pintu bilik tersebut.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Ketika ini, suspek telah dibawa ke Polis Sektor untuk menjalani siasatan atas perbuatan tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian penduduk tidak berani untuk menahan suspek kerana takut jika dia masih mempunyai senjata dan mengancam nyawa penduduk yang lain.

Pembunuhan itu dilaporkan hanya diketahui selepas suami mangsa pulang ke rumah dan melihat isterinya dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa dipercayai telah dibunuh dengan cara lehernya dikelar menggunakan pisau dapur oleh suspek.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan sedang berada di rumah bersama suspek manakala suaminya pula sedang bekerja di luar.

Sumber: Tribun News

The post Bapa Mertua Tergamak Kelar Leher Menantu Sedang Hamil Sampai Mati Hanya Kerana Lapar  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*