Kanak-Kanak Gaza Umur 15 Tahun Bina Sistem Jana Elektrik Guna Angin

kanak-kanak gaza elektrik

Kanak-Kanak Gaza Umur 15 Tahun Bina Sistem Jana Elektrik Guna Angin

RAFAH  — Seorang kanak-kanak Palestin berusia 15 tahun berjaya membina sistem yang menjana elektrik daripada angin dengan hanya menggunakan alatan asas, lapor The Daily Star.

Kebijaksanaan Hussam Al-Attar dalam mencipta sumber tenaga itu membuatkan penduduk di sana menggelarnya sebagai “Newton of Gaza”.

Sebelum ini, konflik Israel-Palestin menyebabkan bekalan elektrik terganggu di kawasan Gaza termasuk di kawasan kem pelarian.

Berikutan itu, Al-Attar yang juga pelajar Sekolah Jabel Mukaber di utara Gaza telah mencipta satu idea inovatif untuk menyelesaikan masalah yang semakin meruncing itu.

Hanya berbekalkan bateri dan bilah, dia mampu untuk menjana elektrik menerusi sumber tenaga alternatif iaitu angin.

Gambar: Seen TV

“Untuk 20 hari pertama, kami tinggal di kem pelarian Rafah tanpa elektrik. Teknologi yang saya cipta adalah turbin angin (kincir angin).

“Ia menyalurkan tenaga elektrik daripada tenaga kinetik yang dihasilkan. Motor yang dibuat pula menggunakan gegelung magnetik dengan setiap putaran (bilah), ia akan menghasilkan tenaga.

“Kemudian, ia akan disalurkan melalui wayar sebelum sampai ke khemah kami dan lampu tersedia,” kata Al-Attar sambil memberitahu fungsi ciptaannya.

BACA:  “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

Gambar: Seen TV

Tambah Al-Attar, suisnya juga bersambung secara terus dengan setiap turbin yang menghasilkan tenaga daripada angin.

“Sumber tenaga bergerak melalui sehingga ia sampai ke suis ini. Apabila angin kuat, saya menghidupkan suis ini untuk disimpankan ke dalam bateri.

“Apabila angin berkurang, saya akan tutupkan suis bateri dan hidupkan suis ini (lain) untuk menghidupkan lampu dan semua kawasan akan diterangi cahaya.

Gambar: Seen TV

Al-Attar turut berharap lebih banyak peralatan seperti bateri supaya bekalan elektrik boleh disimpan sepanjang 24 jam.

Dalam perkembangan lain, dia juga berharap kemelut yang berlaku akan segera berakhir supaya dia boleh belajar untuk mengejar cita-citanya dalam menjadi seorang jurutera.

Difahamkan, Al-Attar dan keluarganya telah kehilangan tempat tinggal selepas keonflik berlaku dan melarikan diri ke kawasan Beit Lahia ke Al-Nasr sebelum bergerak ke Khan Yunis dengan berjalan kaki.

Mereka sekeluarga menetap sementara waktu di Rafah berhampiran sempadan Mesir.

Sumber: The Daily Star, Seen TV

BACA JUGA: Kenali Ikonik Negara, Stadium Merdeka Yang Bakal Dibuka Semula Pada Tahun Ini

The post Kanak-Kanak Gaza Umur 15 Tahun Bina Sistem Jana Elektrik Guna Angin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*