Tular Harimau Dahan Ditemui Mati Di Lebuh Raya WCE

harimau dahan ditemui mati

Tular Harimau Dahan Ditemui Mati Di Lebuh Raya WCE

Seekor harimau dahan telah ditemui mati di tepi jalan, berdekatan dengan penghadang besi di Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE), semalam.

Penemuan bangkai haiwan ini telah dimuat naik menerusi satu pekongsian video menerusi akaun Pusat Khidmat ADUN Changkat Jering. 

Dalam hantaran yang dimuat naik pada 8.05 malam itu, penemuan bangkai tersebut ditemui di laluan arah Trong menuju ke Beruas.

“Seekor Harimau ditemui mati di Lebuhraya Pantai Barat (WCE) TRONG menghala BERUAS,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, hantaran Facebook itu turut disertai dengan video pendek yang berdurasi sekitar 23 saat. Video pendek berkenaan memaparkan keadaan bangkai harimau yang tersadai di tepi jalan.

Ketika ditemui, bangkai harimau yang bersaiz besar itu telah dihurung lalat, dipercayai sudah tidak bernyawa dalam jangka masa yang agak lama.

Berdasarkan kenyataan individu yang merakam video terbabit, bangkai harimau itu sudah mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Jelasnya, beliau tidak dapat membayangkan apa yang dilihat di depan mata, pada masa yang sama menghidu bauan yang kurang menyenangkan.

Setakat ini, punca kematian harimau ini masih tidak diketahui dan pihak berkuasa masih belum memberikan kenyataan berhubung penemuan bangkai haiwan ini.

WCE bakal dibuka sepenuhnya sebelum Aidilfitri

Lebuhraya WCE merupakan laluan alternatif terbaharu yang menghubungkan antara Selangor dan Perak yang mula dibina pada 2014.

Untuk makluman, lebuh raya ini dijadualkan untuk dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Jajaran lebuh raya merangkumi Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang di Selangor dan seterusnya menyambung jajaran melewati Hutan Melintang, Teluk Intan, Seri Manjung, Beruas sehingga Taiping di Perak.

Memetik Bernama, pembukaan Seksyen 11 WCE pula melibatkan jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa hanya 20 minit berbanding 55 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.

BACA: Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM

Sumber: Pusat Khidmat ADUN Changkat Jering via Facebook

The post Tular Harimau Dahan Ditemui Mati Di Lebuh Raya WCE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*