Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Di Kolam Tadahan

KUALA LUMPUR 27 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP ACP Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata mangsa ditemukan oleh orang awam yang sedang memancing pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa dijumpai di tengah tasik atau kolam tadahan banjir oleh pemancing. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hidayati dalam hantaran di laman Facebook memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya yang dipercayai hilang pada 4 petang tadi.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar jam 4 tadi. Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya 013-405 9569 kerana anak saya autisme,” katanya.

BACA: Lelaki Hilang Di Pantai Batu Buruk Ditemukan Lemas

Sumber: Bernama

The post Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Di Kolam Tadahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*