Satu Keluarga Cemas, Diacu Parang Ketika Tidur & Disamun RM40,000

Satu Keluarga Cemas, Diacu Parang Ketika Tidur & Disamun RM40,000

Satu Keluarga Cemas, Diacu Parang Ketika Tidur & Disamun RM40,000

Satu keluarga telah berdepan dengan situasi cemas apabila penyamun bertopeng telah mengacukan parang ketika sedang tidur di Nilai, awal pagi semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, keluarga berkenaan dilaporkan telah mengalami kerugian sehingga mencecah RM40,000 dalam insiden yang berlaku di sebuah taman perumahan di Lenggeng.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.30 pagi.

Difahamkan, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang pengadu, seorang lelaki yang berusia kira-kira 32 tahun.

“Semasa pengadu sedang tidur di dalam bilik utama di rumah bersama isteri dan anak-anaknya, tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mengacukan parang ke arah pengadu.

“Suspek telah mengikat tangan dan kaki pengadu sekeluarga,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Ujarnya, hasil siasatan pihak polis mendapati kesemua suspek yang terlibat dalam kes ini telah mengenakan topeng muka.

Mereka juga dipercayai telah memasuki tempat kediaman pengadu dan keluarga melalui salah satu pintu rumahnya.

Sungguhpun begitu, pihak polis tidak menjelaskan berapa ramai suspek yang terlibat dalam kes ini.

“Bagaimanapun, pengadu bersama keluarganya tidak dicederakan dan suspek hanya melarikan wang tunai dan barang kemas dianggarkan lebih kurang RM40,000.

“Siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat ke

Polis telah menahan dua suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun dan tetak

Pada minggu lepas, pihak polis telah menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan tetak seorang lelaki di sebuah rumah di kebun kelapa sawit di Kampung Bukit Bunbun, Ayer Molek, 6 Nov lepas.

Serbuan kira-kira 12 tengah hari itu berdasarkan laporan diterima menerusi panggilan telefon seorang wanita mengenai kejadian tersebut.

Suspek berusia 40 dan 49 tahun itu ditahan ketika kedua-duanya sedang leka membakar untuk mengasingkan nat tembaga daripada getah tayar.

Hasil pemeriksaan juga menemukan satu tong dram kepala tiub tayar terpakai dengan jumlah kerugian RM500, barang milik mangsa selain satu motosikal yang mempunyai rekod hilang di kawasan Ampang turut berada dalam rumah suspek,

Pihak polis juga telah merampas sebilah parang dipercayai digunakan suspek berusia 40 tahun ketika kejadian itu sehingga mendatangkan kecederaan pada tangan dan kaki mangsa.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

BACA: Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Satu Keluarga Cemas, Diacu Parang Ketika Tidur & Disamun RM40,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*