Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Penerbangan

Kanak kanak meninggal dunia ketika penerbangan

Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Penerbangan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilapor meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam satu penerbangan yang berlepas daripada Lapangan Terbang Istanbul.

Memetik laporan NDTV, mangsa menaiki pesawat Turkish Airlines yang ketika itu dalam perjalanan menuju New York, Amerika Syarikat.

Kanak-kanak itu dilapor jatuh sakit sebaik sahaja pesawat dengan kod penerbangan TK003 itu berlepas pada pagi Isnin lepas.

Kanak-kanak 11 tahun meninggal dunia dalam penerbangan ketika menuju ke New York

Media tempatan mendakwa kru kapal terbang memberikan pertolongan cemas kepada kanak-kanak terbabit sebelum seorang doktor yang secara kebetulan berada di atas kapal terbang melakukan CPR.

Pesawat kemudian melakukan pendaratan kecemasan di Budapest, Hungaru kira-kira 10:30 pagi waktu tempatan. Ambulans sudah pun menunggu di lapangan terbang tersebut untuk membawa kanak-kanak serta keluarganya ke hospital.

Menurut kenyataan dikeluarkan Lapangan Terbang Budapest, pesawat berkenaan segera dilencongkan dan mendarat di lapangan terbang tersebut sebaik sahaja insiden tersebut berlaku.

”Perkhidmatan Perubatan Lapangan Terbang (AMS) yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ferenc Liszt telah dimaklumkan mengenai situasi tersebut. Mereka bergegas memberikan bantuan perubatan kepada mangsa tanpa lelah.

”Malangnya, dengan segala usaha dan bantuan profesional yang diberikan sebaik pesawat mendarat, kanak-kanak terbabit gagal diselamatkan,” tambah kenyataan itu.

Pesawat itu kemudian meneruskan perjalanan membawa para penumpang menuju ke destinasi asal.

”Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kanak-kanak berkenaan di atas kehilangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Memetik laporan Metro Report, kanak-kanak terbabit dipercayai warganegara Amerika Syarikat yang merupakan orang kelainan upaya dan sedang melancong bersama keluarganya. Bagaimanapun, laporan tersebut belum disahkan.

Identiti kanak-kanak itu dan punca kematian juga belum dikenal pasti atau tidak didedahkan kepada media.

BACA: “Instafamous” Terkenal Korea Ditemui Maut Di Kemboja, Kesan Lebam Teruk Cetus Misteri

Sumber: NDTV

The post Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Penerbangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*