Kanak-Kanak Perempuan Melecur 46 Peratus Ketika Bermain Bunga Api

Kanak-kanak perempuan melecur 46 peratus

Kanak-Kanak Perempuan Melecur 46 Peratus Ketika Bermain Bunga Api

PENDANG, 13 April ( Bernama) —  Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur 46 peratus pada bahagian anggota badannya dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam semasa Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi bermain bersama dua abangnya yang masing-masing berumur tujuh dan 10 tahun.

“Pihak polis menerima panggilan pada 2.45 pagi daripada doktor di bahagian kecemasan, Hospital Pendang memaklumkan kejadian menimpa kanak-kanak itu yang terbakar pada bahagian anggota badan sebanyak 46 peratus akibat (dipercayai) terkena mercun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arriz Sham berkata ibu bapa mangsa mendengar teriakan kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba dan kemudian mereka mendapati api sedang membakar tubuh anak mereka yang dipercayai terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika cuba mencucuh api pada bunga api itu.

Katanya, ibu bapa mangsa membantu memadam api sebelum membawa mangsa ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Beliau berkata hasil siasatan lanjut di tempat kejadian, menjumpai cebisan baju dan sebatang kayu pelita api.

“Kedua-dua abang mangsa tidak dapat ditemu bual kerana masih dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut. Mangsa kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar),” katanya.

Arriz Sham berkata doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan minyak pelita atau bunga api dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-Kanak Perempuan Melecur 46 Peratus Ketika Bermain Bunga Api appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*