Syria, Arab Saudi Setuju Pulihkan Perkhidmatan Konsular, Penerbangan Udara

Syria Arab Saudi

Syria, Arab Saudi Setuju Pulihkan Perkhidmatan Konsular, Penerbangan Udara

DAMSYIK/ RIYADH, 13 April (Bernama-Xinhua) — Syria dan Arab Saudi dalam satu kenyataan bersama bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan konsular dan penerbangan pada Rabu, selepas hubungan dua hala terhenti sejak bertahun-tahun.

Pengumuman itu dibuat ketika Menteri Luar Syria Faisal Mekdad mengakhiri lawatan pertamanya ke Arab Saudi pada Rabu, sejak perang saudara Syria meletus pada 2011.

Kenyataan itu turut menekankan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan keselamatan dan usaha memerangi keganasan, menurut Kementerian Luar Syria.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak membincangkan langkah-langkah yang perlu untuk penyelesaian politik yang komprehensif terhadap krisis di Syria, mencapai perdamaian nasional, dan menyumbang kepada usaha ke arah kembalinya Syria ke Liga Arab.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menyelesaikan isu kemanusiaan dan menawarkan bantuan kepada Syria, lapor Xinhua, memetik Agensi Akhbar Saudi.

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan kepulangan pelarian Syria dan individu yang dipindahkan, serta mengambil langkah yang diperlukan untuk menstabilkan keadaan di negara itu.

Lawatan Mekdad ke Arab Saudi atas jemputan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud.

Dalam pada itu, Tunisia dan Syria pada Rabu memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

The post Syria, Arab Saudi Setuju Pulihkan Perkhidmatan Konsular, Penerbangan Udara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*