Kapal Israel Dilarang Berlabuh Di Mana-mana Pelabuhan Malaysia – PM

Kapal Israel dilarang berlabuh

Kapal Israel Dilarang Berlabuh Di Mana-mana Pelabuhan Malaysia – PM

Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, Zim dilarang untuk berlabuh di mana-mana perlabuhan di Malaysia.

Menurut Astro Awani, arahan berkenaan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyaataan hari ini.

Tindakan segera untuk mengenakan sekatan terhadap syarikat perkapalan tersebut akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan.

Menurut Anwar, sekatan yang dilakukan itu adalah sebagai tindak balas terhadap konflik antara Israel-Gaza yang sedang berlangsung ketika ini.

“Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

“Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

“Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini,” katanya lagi.

Selain itu, larangan tersebut juga dikenakan kepada mana-mana  kapal dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Anwar percaya dan yakin bahawa dua sekatan yang berkuatkuasa serta-merta itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

BACA: Lelaki Cemas Anak Diculik, Suspek Didakwa Rakan Kongsi

Sumber: Astro Awani

The post Kapal Israel Dilarang Berlabuh Di Mana-mana Pelabuhan Malaysia – PM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*