Wanita Kongsi Resipi & Cara Masak Nasi Plov, Guna Bahan Mudah

cara memasak nasi plov

Wanita Ini Kongsi Cara Memasak Nasi Plov, Guna Resepi Mudah Dan Kos Rendah

Kebiasaannya ramai yang menggunakan kumpulan Facebook terkenal seperti Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, sebagai platform untuk memaparkan masakan ‘gagal’ yang dimasak oleh seorang pemula yang baru berjinak dalam dunia tersebut.

Tidak seperti yang lain, pengguna Adawiyah Abdul Rahman pula menggunakan kumpulan Facebook itu untuk berkongsi cara-cara memasak hidangan yang jarang dibuat oleh orang ramai.

Hidangan yang Adawiyah kongsi kali ini agak menarik perhatian, kerana ia jarang dimasak atau dihidang dalam majlis keramaian ataupun secara harian kepada keluarga.

Jika dilihat secara sekali imbas, pasti ramai yang akan meneka hidangan itu merupakan nasi briyani tetapi jangkaan itu tidak tepat, walaupun tidak pandai memasak, Adawiyah tetap berkongsi resepi cara-cara bagaimana untuk memasak Nasi Plov dari Uzbekistan.

Sebelum itu, bagi ramai yang belum mengetahui, nasi Plov merupakan makanan yang popular yang sering dihidangkan dalam bulan Ramadan di negara slavik seperti Ukraine, Balarus, Rusia dan lain-lain.

Kredit: Adawiyah Abdul Rahman

Sekiranya sudah terbiasa dengan nasi briyani, pastinya resepi ini akan memikat selera orang ramai kerana aromanya dipenuhi dengan unsur herba selain rasanya yang unik.

Resepi nasi plov

Sebagai permulaan, perlu sediakan bahan-bahan seperti bawang Holland yang telah dikisar, jintan manis dan jintan putih, lada hitam serta lobak merah yang telah disagat. Lobak merah itu bergantung kepada nisbah beras, sekiranya secawan digunakan maka boleh guna satu biji sayur tersebut.

Setelah itu, masukkan ayam yang telah dipotong dan kacau sehingga kering. Orang ramai juga boleh memilih sama ada untuk menggunakan ayam atau daging atau itik, mengikut cita rasa masing-masing.

Kemudian, masukkan beras Basmathi yang telah dicuci dan direndam sebelum menyediakan bahan-bahan masakan.

Langkah seterusnya, masukkan air mengikut sukatan dan nisbah beras yang dibuat sebentar tadi semasa memasak nasi, sambil memperasakan dengan meletakkan garam, Aji Na Moto dan kiub ayam atau daging.

Anda juga boleh memilih sama ada mahu masukkan kismis, kacang badam, apricot kering, bunga lavender atau yang lain-lain sebagai bahan tambahan dengan mengikut pilihan hati.

Untuk bahagian terakhir, masukkan dua labu bawang putih (tanpa dikupas kulitnya) di atas beras dan lada besar, kemudian tutup periuk dan tunggu hingga masak.

Ujar Adawiyah, resepi yang diberikan merupakan resepi yang mudah, selain kosnya rendah yang boleh diikuti oleh semua orang.

Buat orang ramai, selamat mencuba!

Untuk baca perkongsian penuh Adawiyah boleh ikuti hantaran asal di SINI.

xSumber: MATJH via Facebook

The post Wanita Kongsi Resipi & Cara Masak Nasi Plov, Guna Bahan Mudah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*