Kawasan Hijau Di Mekah Meningkat 600% Dalam Masa Lima Bulan

Mekah bertukar hijau

Kawasan Hijau Di Mekah Meningkat 600% Dalam Masa Lima Bulan

Kawasan hijau di Jeddah, Mekah dilapor meningkat sebanyak 600 peratus dalam tempoh lima bulan terakhir 2023.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pusat Pembangunan Tumbuhan dan Memerangi Desertifikasi Kebangsaan Arab Saudi, lapor portal Saudi Gazzete.

Menurut pusat berkenaan, peningkatan tumbuhan hijau termasuk di kawasan kering di Mekah diukur sejak Ogos sehingga Disember tahun lepas.

Memetik Saudi Gazette, peningkatan itu disebabkan pertambahan jumlah hujan dalam tempoh lima bulan tersebut.

Kawasan hijau di Mekah meningkat 600 peratus dalam tempoh lima bulan

Dalam tempoh berkenaan, jumlah hujan yang turun direkodkan sehingga 200mm di beberapa kawasan.

Analisis data mendedahkan bahawa jumlah keluasan litupan tumbuh-tumbuhan di Mekah pada bulan Ogos adalah 3,529.4 kilometer persegi.

Jumlah berkenaan mewakili kira-kira 2.3 peratus keluasan wilayah tersebut.

Kawasan hijau terus meningkat pada bulan-bulan seterusnya hingga mencapai kawasan seluas 26,259 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu.

Peningkatan itu berlaku seiring pertambahan jumlah hujan.

Lebih 17 peratus kawasan di wilayah itu telah dilitupi tumbuhan hijau

Menjelang Disember 2023, kira-kira 17.1 peratus keseluruhan kawasan Mekah dilitupi tumbuhan hijau.

Kawasan-kawasan hijau itu boleh ditemui di kawasan pergunungan dan tanah tinggi.

Ia termasuk pergunungan Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulais yang berada di sekitar kawasan wilayah pentadbiran Mekah.

Susulan perkembangan itu, pusat berkenaan sedang menjalankan kajian tentang status kawasan ditumbuhi tumbuhan dan melakukan pemantauan di kawasan berkenaan.

Kajian itu termasuk menjejaki perubahan tutupan tanah, mengira jumlah hujan dan menilai tahap kesihatan tumbuhan menggunakan teknologi kecerdasan buatan.

Menurut Saudi Gazzete lagi, kajian ini akan menyumbang kepada sasaran untuk mencapai projek penanaman pokok dan inisiatif Saudi Green.

Selain itu, pusat berkenaan juga sedang berusaha untuk melindungi tapak-tapak tubuhan hijau di negara itu selepas segala segala kajian yang dibuat selesai.

Usaha tersebut termasuk membangunkan keupayaan persediaan berdepan dengan kemarau dan mengurangkan impak fenomena tersebut.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Saudi Gazette, Arab News, Sinar Harian

The post Kawasan Hijau Di Mekah Meningkat 600% Dalam Masa Lima Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*