PPZ-MAIWP Lancar Kempen Ramadan Anugerah Terindah

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2023: Menjelang Ramadan 1444H, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini melancarkan Kempen Ramadan Anugerah Terindah yang akan berlangsung sepanjang Ramadan.

lanya bertujuan untuk memberi galakan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat di bulan Ramadan selain menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program-program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjangan Ramadan tahun ini.

Bertemakan “Ramadan Anugerah Terindah”, PPZ-MAIWP ingin mengajak pembayar zakat dan asnaf menjadikan Ramadan pada tahun ini paling indah dengan ketakwaan dan kasih sayang sesama insan melalui berkongsi rezeki dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menyediakan saluran bayaran untuk orang ramai berwakaf. Untuk makluman, bermula Disember 2022, PPZ-MAIWP telah diberi kuasa untuk mengutip wakaf di Wilayah Persekutuan.

Sebagai galakan, PPZ-MAIWP turut menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik khas buat pembayar zakat yang menunaikan zakat harta, fitrah dan wakaf tunai di PPZ-AIWP melalui saluran bayaran yang disediakan.

Antara hadiah yang ditawarkan antaranya Pakej Umrah, Set Solat Eksklusif, Jam Buruj, Smartphone, iPad, baucar makanan dan banyak lagi.

PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang ramadan seperti Vibe Ramadan Tadabbur Al-Quran, Bual Bicara, Program Turun Padang, Doa Senjata Mukmin dan Kuiz Interaktif Zakat serta banyak lagi pengisian ilmiah.

Orang ramai dijemput untuk mengikuti laman Facebook, Instagram, serta TikTok rasmi Pusat Pungutan Zakat bagi mengikuti perkembangan terkini dan informasi menarik.

Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu “Memudahkan Anda Berzakat” pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat.

Perkhidmatan dan Saluran Bayaran Sepanjang Ramadan

Kewajipan zakat fitrah boleh ditunaikan melalui:

  1. Portal PPZ-MAIWP – fitrah.zakat.com.my

2. Amil Fitrah

  • 921 penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan
  • 10 kaunter PPZ-MAIWP, masjid-masjid, surau-surau dan pasaraya

3. Ejen-ejen online kutipan PPZ-MAIWP

  • 15 perbankan internet
  • E-Wallet – Boost, Shopee, Tulus, GoPayz, The Noor, Raiz
  • Online Portal – senangPay, MyEG, PayHalal, MyPay, Elzar Shariah, Al Amin dan MyVerify.

4. Saluran bayaran zakat harta secara online dan offline

  • Kaunter PPZ-MAIWP – Dibuka 7 Hari Seminggu termasuk Cuti Umum daripada
  • 8.15 pagi – 4.30 petang.
  • Portal – zakat.com.my (kira, bayar, semak)
  • Aplikasi MyZakat
  • Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB)
  • Door To Door (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital – Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal & tidak ada masa ke kaunter.Tempahan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my
  • Ejen-ejen Kutipan Zakat – Perbankan Internet, Kaunter Bank, Pos, E-Wallet, Firma-firma & Lain-lain

5. Pembayaran Wakaf Tunai boleh dilaksanakan melalui  

  • Kaunter PPZ-MAIWP – Dibuka 7 Hari Seminggu termasuk Cuti Umum daripada 8.15 pagi 4.30 petang.
  • Portal – wakafppz.com.my
  •  Kaunter Zakat dan Wakaf Bergerak

PPZMAIWP menyeru agar semua masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita ini agar asnafasnaf ini dapat disantuni dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri seperti umat Islam yang lain

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.zakat.com.my/ramadan2023 atau hubungi di talian 1300 88 5757 atau emel kepada info@zakat.com.my. 

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZMAIWP, Encik Mohammed Hassan.

The post PPZ-MAIWP Lancar Kempen Ramadan Anugerah Terindah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*