Kebangkitan Sempurna, FIFA Puji Kemenangan Minit-minit Akhir Malaysia vs Kyrgyzstan

FIFA puji permainan Malaysia

Kebangkitan Sempurna, FIFA Puji Kemenangan Minit-minit Akhir Malaysia vs Kyrgyzstan

Kehangatan perlawanan bola sepak bagi kelayakan Piala Dunia antara Malaysia menentang Kyrgyzstan masih terasa bahangnya sehingga ke saat ini.

Kebangkitan di saat akhir disamping menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bukan sahaja dipuji peminat bola sepak tempatan, malah ia juga dipuji diperingkat antarabangsa.

Pujian tersebut turut diberikan badan induk bola sepak dunia, Konfiderasi Kebangsaan Piala Dunia (FIFA) menerusi Facebook, FIFA World Cup sebentar tadi.

Menurut muat naik tersebut, FIFA menganggap bahawa kemenangan Malaysia itu sebagai kebangkitan yang sempurna.

“Malaysia mempamerkan aksi kebangkitan yang sempurna dalam perlawanan kelayakan,” tulis muat naik tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia pada awalnya berjaya berada di hadapan hasil jaringan daripada Dion Cools pada minit ke-7.

Bagaimanapun, tamat separuh masa pertama, Krygyzstan akhirnya berjaya berada di depan dengan dua gol, hasil jaringan pada minit ke-42 oleh Kayrat Zhyrgalbek uulu. Manakala gol kedua negara itu hadir pada minit ke-44 menerusi Ernist Batyrkanov.

Separuh masa kedua bermula dengan pembukaan jaringan oleh Kai Merk pada minit ke-57 dan seterusnya meletakkan pasukan itu selesa dihadapan.

Walaupun ketinggalan dengan dua gol, pasukan kebangsaan negara tidak mengalah dan mempamerkan aksi yang bertenaga sebelum akhirnya merapatkan kedudukan.

Gol kedua buat negara diperolehi menerusi jaringan sendiri Khristiyan Brauzman pada minit ke-72. Selang lima minit kemudian, giliran Dion Cools sekali lagi menyumbatkan gol untuk menyamakan kedudukan.

Stadium bagaimanapun gamat menuju minit-minit akhir masa tambahan masa kedua apabila Faisal Halim berjaya menjaringkan gol keempat Malaysia pada minit ke-93.

Malaysia melengkapkan kebangkitan sempurna selepas ketinggalan 1-3 dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-3.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Facebook/FIFA World Cup

The post Kebangkitan Sempurna, FIFA Puji Kemenangan Minit-minit Akhir Malaysia vs Kyrgyzstan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*