Penduduk Dakwa Nampak Harimau Lintas Jalan Di Rembau

harimau lintas jalan rembau

Penduduk Dakwa Nampak Harimau Lintas Jalan Di Rembau

SEREMBAN, 17 April (Bernama) — Seorang penduduk mendakwa melihat seekor harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Puteh, Chengkau, Rembau, pagi tadi.

Mohamad Zamri Mokhtar, 42, berkata kejadian itu berlaku ketika dia sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rumah Rakyat Chengkau, selepas menghantar anaknya ke sekolah di Kota, dekat sini, kira-kira 7.10 pagi.

Menceritakan situasi mendebarkan itu, bekas tentera berkenaan terkejut apabila melihat harimau belang bersaiz besar sedang melompat dari atas bukit ke jalan raya.

“Saya terus brek kecemasan dan menggigil kerana jarak dengan haiwan itu hanya kira-kira tiga meter sahaja. Harimau itu terus melompat ke jalan raya dan menuju ke kawasan semak,” katanya kepada Bernama.

Katanya ketika kejadian, laluan tersebut masih sunyi dan tiada kenderaan kerana masih awal pagi dan penduduk di kampung berdekatan turut memberitahu pernah ternampak kesan tapak kaki seperti tapak kaki harimau di sekitar kawasan tersebut.

Justeru, Mohamad Zamri terus membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang berada di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan Nurul Ermi Ramli memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu.

Katanya beberapa pegawai telah pergi ke lokasi untuk siasatan dan akan memasang kamera perangkap.

BACA: Detik Mendebarkan, Gajah Liar Tolak Lori Guna Belalai Sehingga Terbalik

Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang

Kredit: Awani

Sebelum ini, media melaporkan tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8.

Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Jan).

“Kali pertama mamalia tersebut muncul juga pada 4 pagi, membuatkan saya bersama dua lagi rakan serumah terkejut melihat belalai gajah masuk ke dalam bahagian dapur menerusi cermin tingkap yang telah pecah.

“Pada Ahad lepas, gajah terbabit muncul lagi dan mengambil makanan seperti garam, minyak serta mi segera yang berada berhampiran kawasan sinki dapur di hadapan tingkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd Khairul Faiza kehadiran mamalia tersebut dalam kawasan rumah amat mengejut serta membimbangkan.

Sumber: BERNAMA

The post Penduduk Dakwa Nampak Harimau Lintas Jalan Di Rembau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*