Premis Pemegang Sijil Halal Tidak Dihalang Tulis Ucapan Perayaan Pada Kek – JAKIM

Premis Pemegang Sijil Halal Tidak Dihalang Tulis Ucapan Perayaan Pada Kek – JAKIM

Seperti yang diketahui oleh orang ramai, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya. Jadi, tidak hairanlah sekiranya negara ini mempunyai sambutan perayaan yang berbeza.

Malaysia akan menyambut Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, Deepavali, Hari Wesak, Hari Gawai dan tidak lupa juga, Hari Krismas. Setiap kali hari perayaan sudah semakin dekat, akan kedengaran lagu-lagu bertemakan hari perayaan itu di pusat beli belah.

Di kawasan kejiranan pula, pasti akan ada jiran tetangga yang bermain bunga api. Suasana yang meriah dan menggembirakan. Lebih-lebih lagi apabila tibanya penghujung tahun di mana Hari Krismas akan disambut oleh warga Malaysia mahupun pelancong yang melancong di Malaysia pada ketika ini.

Kebiasaannya, Hari Krismas ini akan disambut oleh masyarakat beragama Kristian.  Disebabkan hari perayaan itu semakin dekat, orang ramai yang menyambutnya sudah tentu mahu membuat persediaan untuk perayaan itu.

Ada yang membeli hadiah, menghias rumah, membuat biskut atau kek, menempah kek dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula sekiranya kek itu ditempah di kedai kek yang mempunyai logo halal Malaysia?

Adakah pekerja kedai tidak boleh menulis ucapan ‘Selamat Hari Krismas’ di atas kek untuk pelanggan mereka, lebih-lebih lagi jika pengusaha, peniaga atau pekerja kedai itu merupakan seseorang yang beragama Islam?

Kenyataan JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, telah mengeluarkan satu kenyataan di mana kedai-kedai yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima permintaan pelanggan.

Menurut perkongsian di laman Facebook JAKIM, premis kedai tidak dihalang untuk menulis ucapan perayaan pada kek tempahan atau seumpamanya yang diminta oleh pelanggan mereka. Jadi, tiada masalah sekiranya mereka diminta untuk menulis ucapan tertentu berkait dengan perayaan tersebut pada kek yang ditempah.

JAKIM juga meminta kepada orang ramai supaya merujuk kepada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul kekeliruan mengenai pengesahan sijil halal. Harapnya sebarang persoalan mengenai hal ini dapat dijawab melalui perkongsian ini.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

BACA JUGA: Lelaki ‘Survey’ Harga Barangan Di UAE, Semuanya ‘Murah’

The post Premis Pemegang Sijil Halal Tidak Dihalang Tulis Ucapan Perayaan Pada Kek – JAKIM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*