Wanita Maut Dilanggar Ambulans

wanita maut dilanggar ambulans

Wanita Maut Dilanggar Ambulans

Seorang wanita dilapor maut setelah dilanggar ambulans ketika melintas di jalan raya dalam kejadian di persimpangan Bojong, Jawa Barat pada Sabtu, lapor Kompas.com.

Ketua Unit Trafik Polis Cianjur, Anaga Budiharso berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu pada awalnya sedang melintasi jalan raya di lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun dirempuh secara tiba-tiba oleh sebuah ambulans dari Klinik Kesihatan Cimcan di daerah Cipanas.

Anaga Budiharso berkata kemalangan terjadi apabila sebuah ambulans datang dari arah Bandung menuju ke Cianjur.

Pemandu tersebut dikatakan membawa ambulans berkenaan dengan laju.

“Ketika memandu dengan laju, ambulans tiba–tiba mengubah haluan kenderaan dengan membelok ke arah Terminal Rawabango sehingga melanggar mangsa yang sedang melintas,” katanya.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang merupakan penduduk Kampung Bojong di daerah Karangtengah maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Cianjur untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa meninggal dunia dan mayat dibawa ke hospital,” ujarnya.

Tambah beliau, pemandu ambulans juga telah ditahan oleh Unit Trafik Polis Cianjur untuk pemeriksaan lanjut.

“Apabila pemandu telah sembuh, kami akan meminta maklumat untuk melakukan prosiding undang-undang,” katanya.

BACA: Tiga Maut, Tiga Cedera Dirempuh Kereta Di Bawah Jejambat NKVE

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan

Sementara itu di Malaysia, seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi 1 Jun di Tambun Tulang, Arau.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.

Beliau berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.

Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan.

Dia telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.

Sumber: Kompas.com

The post Wanita Maut Dilanggar Ambulans appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*