Amber Heard Pindah Sepanyol, Dah ‘Move On’ Daripada Johnny Depp

amber heard sepanyol

Amber Heard Pindah Sepanyol, Dah ‘Move On’ Daripada Johnny Depp

Pelakon Amber Heard mengesahkan dirinya telah berpindah ke Sepanyol selepas hampir setahun kes perbicaraan fitnah ke atas bekas suaminya, Johnny Deep dibicarakan, lapor The Independent.

Dalam satu wawancara yang dijalankan dalam bahasa Sepanyol, bintang filem Aquaman itu mengatakan beliau telah berpindah ke Madrid bersama anak perempuannya, Oonagh Paige.

“Amber bagaimana kehidupan baru awak di sini di Madrid?” tanya jurukamera kepada beliau.

“Saya sangat suka Sepanyol,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk tinggal di ibu negara Sepanyol, Amber berkata beliau suka dengan keadaan di tempat itu.

“Ya saya harap begitu. Saya suka tinggal di sini,” jelasnya.

Tambah Amber, pada ketika ini, dia sedang sibuk terlibat dalam sebuah projek filem yang akan ditayangkan pada masa hadapan.

Amber turut berkata dia telah ‘move on’ daripada menghadiri Festival Filem Cannes 2023, selepas Depp membuat kemunculan kembali ke permaidani merah majlis berkenaan.

“Saya telah ‘move on’, itulah kehidupan,” katanya sambil melambai kepada wartawan.

BACA: Penuh Kontroversi & Paling Diikuti, Perbicaraan Johnny Depp/Amber Heard Diangkat Jadi Filem

Berehat dari dunia Hollywood

Berikutan perbicaraan fitnah Amber yang dihebahkan terhadap Depp tahun lepas, Amber dilaporkan telah berhenti dari dunia Hollywood untuk berpindah ke Madrid.

Menurut sumber, bekas isteri Depp itu mahir dalam berbahasa Inggeris dan juga Sepanyol, selain memang merancang untuk ‘pergi jauh’ dari Hollywood.

“Amber boleh bercakap dua bahasa dan beliau gembira di sana, membesarkan anak perempuannya jauh daripada gosip.

“Saya tidak fikir dia tergesa-gesa untuk membuat kemunculan semula di layar perak atau ke Hollywood.

“Tetapi dia mungkin akan kembali apabila mendapat projek yang sesuai,” jelas sumber lagi.

Sejak dari itu, Amber dikesan beberapa kali berada di sekitar Sepanyol.

Terbaharu, beliau dilihat menghabiskan masa dengan membeli-belah di pesta buku yang terletak di ibu kota.

Pada April, sumber memaklumkan Amber tidak sabar untuk meninggalkan Amerika Syarikat bersama anak perempuannya selepas keputusan perbicaraan fitnah dikeluarkan pada Jun tahun lalu.

Imbas kembali, Depp dilapor menyaman Amber sebanyak RM228 juta selepas mengatakan beliau telah menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

Sejak dari itu, Amber dikatakan sukar untuk mendapat ‘tempat’ dalam mana-mana produksi layar perak.

Pada Jun tahun lepas, juri memutuskan Amber memfitnah Depp atas ketiga-tiga pertuduhan dan ‘menganugerahkannya’ kira-kira RM45 juta sebagai ganti rugi pampasan, serta RM22 juta sebagai ganti rugi punitif.

Amber kemudiannya turut ‘dianugerahkan’ sebanyak RM9 juta sebagai ganti rugi pampasan.

@casaenplaya

Amber Heard’s Spanish Relocation @amberheard 🏖 @casaenplaya is a Paradisefront Villa in Spain Surrounded By Beaches Represented By @Nest Seekers @luxeally @nestseekersspain #relocation #amberheard 📍 Figueiroa Beach (Spain) __ 3 floors 6000 sq. ft 10 bedrooms 6 bathrooms Land plot of 140000 sq. ft Terrace Direct access to the sea Garage Fitted wardrobes Storeroom Orientation South Central heating: Gas __ #NestSeekers #casaenplaya #luxeally Listing: @JacksonLieblein @jtoth_ca 𝐍𝐞𝐬𝐭 𝐒𝐞𝐞𝐤𝐞𝐫𝐬 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 WebID 2541417 Visit: NestSeekers.com/2541417 #location #beaches #chalet #beach #beachfront #LuxuryHomes #LuxuryHouse #realestate #beachlife #filmlocation #Mansion #paradise #beachvibes #finca #realestateagent #LuxuryRealEstate #property #nestseekersinternational #RealEstateBroker #accidentallywesanderson #luxe #RealEstateNews #beachhouse #LuxuryLiving #primelocation

♬ sonido original – Casa En Playa

Sumber: The Independent

The post Amber Heard Pindah Sepanyol, Dah ‘Move On’ Daripada Johnny Depp appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*