Kekal Berkilat, Guna Cara Ni Cuci Periuk ‘Stainless Steel’

Kekal Berkilat, Guna Cara Ni Cuci Periuk ‘Stainless Steel’

Pernah tak anda perasan, periuk stainless steel anda itu cepat hilang kilatnya dan makanan lebih mudah melekat pada permukaan periuk?

Setiap kali periuk stainless steel anda mempunyai kotoran yang melekat di permukaannya, pasti anda akan menyentalnya dengan kuat kan?

Kalau bukan menyental kotoran dengan kuat menggunakan berus dawai, anda mungkin akan letak bahan-bahan seperti serbuk penaik, jus lemon atau nanas, dan juga garam.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh anda itu tidak bagus untuk periuk stainless steel. Kalau nak tahu, inilah cara yang betul untuk mencuci periuk itu.

Cara-cara mencuci

Perkara paling penting yang anda perlu ingat untuk mencuci periuk stainless steel ini adalah anda tidak boleh menggunakan cecair berasid seperti jus lemon atau nanas.

Hal ini kerana sekiranya anda menggunakannya bagi tujuan memudahkan anda untuk mencuci periuk, ia akan menyebabkan permukaan periuk menjadi kasar.

Apabila permukaan periuk menjadi semakin kasar, ia akan menyebabkan kotoran makanan lebih mudah melekat pada periuk itu.

Sebaliknya, anda perlu merendamkan periuk itu dengan air selama beberapa minit. Ini akan melembutkan sedikit kotoran yang melekat itu.

Setelah beberapa minit, anda buangkan air yang sudah kotor itu. Kotoran-kotoran akan turut tertanggal daripada periuk.

Tetapi, ia masih akan meninggalkan sisa-sisa minyak atau kotoran pada periuk itu. Jadi, anda bersihkan kotoran itu menggunakan kitchen towel kertas.

Lapkan periuk itu sehingga tiada lagi kesan-kesan minyak dan kotoran. Selepas itu, barulah anda cuci periuk itu menggunakan span basuh pinggan yang mempunyai green pad dan juga sabun pencuci pinggan.

 

Gambar: Angline Tyy via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Anda tidak perlu menyental kotoran yang ada dengan kuat kerana kebanyakan kotoran sudah tiada lagi. Jadi, basuh periuk itu dengan lembut.

Selepas membasuh, anda keringkan pula periuk itu menggunakan kain lap dapur. Selepas dikeringkan, anda simpankan di tempat yang bersesuaian.

Dengan cara ini, periuk anda akan kekal berkilat dan kotoran tidak akan mudah melekat pada permukaannya itu.

Selamat mencuba!

Gambar: Angeline Tyy via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Sumber: Angeline Tyy via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

BACA JUGA: Ketahui Tiga Pemimpin Politik Yang Pernah Menerima Pengampunan Diraja

The post Kekal Berkilat, Guna Cara Ni Cuci Periuk ‘Stainless Steel’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*