Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya

kekunci F dan J

Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Papan kekunci atau ‘keyboard’ antara komponen penting perkakasan komputer. Fungsi perkakasan ini adalah memasukkan teks, karakter atau simbol pada paparan komputer sesuai tombol yang ditaip.

Menurut Britannica, ia telah lama wujud sejak tahun 1867 apabila diciptakan oleh Christopher Latham Sholes. Kewujudan mesin taip ini pada awalnya adalah untuk menggantikan kaedah menulis tangan agar lebih pantas.

Sejak berabad lamanya, mesin taip masih menjadi pilihan dan perkakasan penting dalam pelbagai bidang urusan seperti pejabat, perubatan, pendidikan dan banyak lagi.

Biarpun mengalami evolusi, mesin taip yang kini lebih dikenali sebagai papan kekunci masih mengekalkan fungsi identitinya.

Sekiranya anda seorang yang gemar menaip, tentunya anda sudah terbiasa menaip tanpa melihat dengan kerap tombol kerana sudah mengetahui susunan abjad.

Namun, pernahkah anda perasan dan terfikir mengapa abjad ‘F’ dan ‘J’ di papan kekunci mempunyai garis kecil di bawahnya pada permukaan tombol.

Adakah ia mempunyai fungsi lain? Mari rungkaikan persoalan ini.

Sebab kekunci F Dan J ada “garis”,

Gambar: Siakap Keli

Menurut portal Make Use Of, garisan pada permukaan tombol huruf ‘F’ dan ‘J’ berfungsi sebagai tanda bagi membantu posisi tangan diletakkan dengan tepat pada papan kekunci.

Menerusi inisiatif ini, para jurutaip termasuk jurutaip profesional dapat menaip dengan lebih pantas dan meminimumkan kesalahan.

Kedudukan tangan sewaktu guna papan kekunci

Tentunya ramai yang menggunakan papan kekunci mengikut keselesaan masing-masing dan mempunyai pelbagai kedudukan.

Disebabkan itu, wujudnya tombol ini bagi melaraskan kedudukan tangan yang betul sewaktu menggunakan papan kekunci.

BACA: Kenali Lembaga Pengampunan Di Malaysia

Tombol ‘F’ mewakili tangan kiri penaip manakala ‘J’ pula mewakili tangan kanan.

Sebagai contoh, jari telunjuk kiri diletakkan pada huruf ‘F’ diikuti jari tiga jari lagi diletakkan pada kekunci ‘D’, ‘S’, ‘A’.

Sama seperti kekunci ‘J’ yang diletakkan pada jari telunjuk kanan diikuti jari lain diletakkan pada ‘K’, ‘L’.

Siapa Yang Cipta Kaedah Ini?

Gambar: Chris Delmas /AFP

Menurut Kompas.com menerusi Southern Living, kaedah ini dikenali sebagai Touch Typer dan diciptakan oleh Frank Edward Mc Gurrin pada tahun 1888.

Pada 2002, June E. Botich dari Naples, Florida telah mengubahsuai kekunci ‘F’ dan ‘J’ dan digunakan sehingga sekarang.

Kedua kekunci ini diperkenalkan adalah memaksimumkan penggunaan sepuluh jari.

Oleh itu, tidak hairan jika terdapat individu yang mampu menaip dengan pantas bahkan tanpa melihat kerana sudah mengetahui kedudukan setiap abjad.

Sumber: Kompas.com, Makes Use Of, Britannica

BACA JUGA: Kenapa Abjad Papan Kekunci Disusun “QWERTY…”, Main Letak Atau Ada Sebabnya?

The post Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*