Kekecohan Stadium Ipoh: Salah Seorang Suspek Positif Ganja

kekecohan stadium ipoh

Kekecohan Stadium Ipoh: Salah Seorang Suspek Positif Ganja

SALAH seorang daripada empat lelaki warga tempatan yang ditangkap polis semasa kekecohan di Stadium Perak di Ipoh, Perak malam tadi didapati positif ganja.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, suspek adalah antara yang ditahan ketika kekecohan berlaku semasa  perlawanan bola sepak Liga Super antara pasukan Perak FC dan Selangor FC.

“Ujian saringan air kencing ke atas salah seorang tangkapan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja).

“Kesemua tangkapan ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 21 Mei untuk permohonan tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Yahaya menjelaskan keempat-empat suspek terbabit berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 26 tahun.

Difahamkan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh.

Imbas kembali, kekecohan tersebut berlaku pada waktu lebih kurang pukul 9.17 malam ketika perlawanan kedua-dua pasukan tersebut berlangsung.

Bagaimanapun keadaan tegang tersebut dapat dikawal oleh pihak polis yang bertugas di lokasi kejadian sebelum empat lelaki warga tempatan (suspek) berjaya ditangkap.

“Pihak polis ingin menyeru orang awam yang telah menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat (video/gambar) mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 untuk membantu mengesan penyokong-penyokong yang terlibat dalam kekecohan tersebut,” tambahnya.

Sumber: kenyataan media IPD Ipoh

The post Kekecohan Stadium Ipoh: Salah Seorang Suspek Positif Ganja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*