Jawi kunci mulut isu saman RM10 juta

 

PETALING JAYA: Walaupun sudah dua minggu berlalu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan saman RM10 juta yang bakal diambil oleh pengarah, Syamsul Yusof, 38.

Usaha Utusan Malaysia menghubungi Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail sejak minggu lalu tidak berjaya apabila dimaklumkan beliau sedang bercuti.

Malah, kiriman mesej WhatsApp juga hanya dibaca tanpa sebarang maklum balas berhubung persoalan sama ada pihak Jawi sudah menerima tuntutan saman atau sebaliknya.

Pada 22 Disember lalu, Syamsul mendedahkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Jawi kerana didakwa membocorkan maklumat peribadi yang merupakan dokumen rasmi kerajaan.

Sebelum itu, Puteri Sarah mendedahkan, menerima banyak mesej mendakwa, Syamsul sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira dan meminta suaminya itu tampil menjelaskan tuduhan berkenaan.

Kemelut rumah tangga pasangan itu sampai kemuncak apabila Syamsul memaklumkan akan merungkaikan segala isu dalam masa terdekat.

Pelakon Munafik itu meminta semua pihak bersabar dan segala penjelasan akan dibuat bagi menamatkan kontroversi dari pelbagai penjuru.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada pada 8 Mac 2014 serta hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3.

The post Jawi kunci mulut isu saman RM10 juta appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*