Saintis China cipta zakar bionik

WASHINGTON – Pasukan penyelidik di China menggunakan tisu buatan untuk memulihkan fungsi ereksi dalam babi sekali gus pencapaian bagi membaiki kerosakan yang berlaku pada zakar manusia.

“Bidang ini tidak mendapat perhatian tetapi keperluannya adalah besar,” kata Xuetao Shi selaku penulis kajian berkenaan yang disiarkan dalam jurnal saintifik, Matter, semalam.

Dianggarkan 50 peratus lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun mengalami pelbagai tahap kegagalan ereksi, kata pasukan penyelidik berkenaan, manakala lima peratus menghidap penyakit Peyronie’s.

Penyakit Peyronie’s yang biasanya disebabkan oleh kecederaan semasa melakukan hubungan seks, melibatkan kerosakan pada gentian tisu zakar dikenali sebagai tunica albuginea yang berfungsi mengekalkan ereksi.

Parut pada tisu tersebut boleh menyebabkan kesakitan atau zakar mengecil dan mungkin memerlukan rawatan pembedahan.

Pasukan penyelidik China itu berkata, tisu daripada tubuh digunakan untuk menghasilkan gentian bagi menggantikan tunica albuginea yang rosak tetapi tisu itu kadang kala ditolak oleh sistem imunisasi manusia.

Bagaimanapun, pasukan berkenaan kini berjaya menghasilkan tunica albuginea buatan (ATA) yang meniru daya elastik tisu semula jadi, menggunakan bahan dinamakan hidrogel.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidikan berkenaan menguji tisu ATA pada babi yang mempunyai kecederaan pada tunica albuginea dan hasilnya amat positif. – AFP 

The post Saintis China cipta zakar bionik appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*