Lelaki Tanggung Derita Seumur Hidup, Tangan Kiri Putus Jari Kanan Hancur Akibat Mercun

tangan putus akibat mercun

Lelaki Tanggung Derita Seumur Hidup, Tangan Kiri Putus Jari Kanan Hancur Akibat Mercun

Seorang lelaki terpaksa menanggung derita seumur hidup selepas tangan kirinya terputus dan beberapa jari tangan kanan hancur akibat terkena mercun buatan sendiri, lapor Sinar Harian.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Gong Pak Damat pada awal pagi Isnin yang lalu.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu turut dilaporkan mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi tempoh hari.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal polis mendapati bahawa mangsa telah membancuh mercun buatannya sendiri menggunakan mercun bola dan paip Polyvinyl Chloride (PVC) sehingga menyebabkan berlakunya letupan yang kuat.

Tangan putus akibat mercun

“Mangsa mengalami kecederaan serius iaitu putus pada pergelangan tangan kiri. Manakala beberapa jari tangan kanan juga hancur serta mengalami kecederaan lain pada bahagian badan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan di sini pada malam Isnin.

Tambah Rohaimi, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Kejadian ini merupakan kes kedua yang berlaku di Terengganu yang menyebabkan kecederaan akibat mercun pada tahun ini.

“Usaha untuk menangkap pengedar dan penjual mercun itu kini giat dijalankan,” ujar beliau.

Sementara itu, Rohaimi turut menyatakan bahawa sejak 23 Mac hingga 9 April lalu, kontinjen polis Terengganu telah merekodkan sebanyak 17 kes pertuduhan jenayah yang melibatkan tangkapan dan rampasan mercun.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Katanya, sebanyak 18 tangkapan yang membabitkan nilai rampasan RM18,835 telah dibuat setakat ini.

“Pihak polis memberi amaran keras kepada mana-mana individu yang didapati mengedar atau menjual bunga api atau mercun tanpa permit.

“Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” tegas beliau.

Terdahulu, dalam kejadian pada 6 April lalu media pernah melaporkan berkenaan insiden empat remaja lelaki cedera dengan salah seorang daripanya hampir buta mata kanan. Kejadian itu dilaporkan berlaku semasa mereka bermain dengan mercun yang telah diubah suai.

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Tanggung Derita Seumur Hidup, Tangan Kiri Putus Jari Kanan Hancur Akibat Mercun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*