Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Harimau Malaya Tewas 0-2 Di Tangan Oman

harimau malaya oman

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Harimau Malaya Tewas 0-2 Di Tangan Oman

KUALA LUMPUR — Malaysia gagal memanfaatkan bermain di laman sendiri apabila tewas 0-2 buat kali kedua di tangan Oman dalam perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.

Bermain di laman sendiri, Harimau Malaya bermula dengan baik apabila pemain paling bernilai Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mempunyai peluang keemasan meletakkan Malaysia di hadapan namun digagalkan oleh penjaga gol lawan.

Dalam pada itu, pelawat turut mempunyai beberapa peluang di hadapan gawang gol Malaysia, termasuk situasi satu lawan satu namun ketangkasan Ahmad Syihan Hazmi berjaya mematahkan serangan Oman.

Bagaimanapun, di penghujung babak pertama, Oman melancarkan serangan bertali arus sebelum dihadiahkan sepakan penalti selepas Syihan menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.

Omar Al-Malki tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan pelawat di hadapan 1-0 pada minit-minit kecederaan sebelum memasuki bilik persalinan.

Gambar: FAM

Pertukaran dua pemain oleh Kim Pan-gon pada awal babak kedua dengan memasukkan Endrik Dos Santos dan Brendan Gan berjaya mengubah rentak permainan.

Malaysia hampir mendapatkan gol penyamaan menerusi Romel Morales pada minit ke-59 namun penjaga gol Oman lebih pantas untuk keluar menepis keluar bola.

Kemasukan Paulo Josue dan Akhyar Rashid menambahkan lagi ketajaman di barisan hadapan dalam mencari gol pertama tuan rumah.

Gambar: FAM

Bagaimanapun, pertahanan lawan kekal kebal menyerap tekanan yang dilakukan oleh tuan rumah.

Mohammed Al Ghafri memadam api semangat Malaysia dengan gol kedua pelawat sekaligus mengunci kemenangan Oman.

Kemenangan ini menyaksikan Oman kekal ditangga pertama Kumpulan D dengan mengumpul sembilan mata.

Manakala Kyrgyzstan menghuni tangga kedua juga dengan sembilan mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas Chinese Taipei.

Malaysia pula kekal ditangga ketiga dengan enam mata.

BACA: Dah Dapat Kelulusan MC, Hannah Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Tewas Di Gelanggang Lawan

Terdahulu, Malaysia tewas 0-2 kepada Oman dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada Jumaat lalu.

Kedua-dua gol masing-masing dijaringkan oleh pemain Issam Al-Sabhi pada minit ke-58 dan Muhsen Al-Ghassani pada minit ke-88.

BACA JUGA: Kelayakan Piala Dunia: Indonesia Lakar Hatrik Menang 3-0 Ke Atas Vietnam

The post Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Harimau Malaya Tewas 0-2 Di Tangan Oman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*