Tol Percuma Pada 8 & 9 Februari Sempena Tahun Baru Cina

tol tahun baru cina

Tol Percuma Pada 8 & 9 Februari Sempena Tahun Baru Cina

Kementerian Kerja Raya mengumumkan pemberian tol percuma pada 8 dan 9 Februari ini bersempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Keputusan pemberian tol percuma ini telah dibuat kerajaan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, tol percuma diberikan kepada kenderaan Kelas 1, iaitu kenderaan persendirian sahaja.

“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.”

Menerusi kenyataan media, pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya kecuali plaza tol di sempadan negara.

Dua tol yang dikecualikan adalah Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Pemberian tol secara percuma akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat).

Inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada orang ramai untuk pulang ke kampung halaman dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

“Tol percuma oleh Kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini.” kata Nanta.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berharap agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin.

Pengguna juga dinasihati untuk merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan oleh setiap syarikat konsesi lebuh raya.

Selain itu, Nanta memesan agar pemandu mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet mencukupi.

“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta.” ujarnya.

Bagi sesiapa yang bakal pulang ke kampung halaman, anda boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook dan X.

Anda  juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

BACA: Cara Tahu Usia Sebenar Kereta Terpakai, Bukan Sekadar Tengok “Mileage”

Sumber:  Kementerian Kerja Raya via X

The post Tol Percuma Pada 8 & 9 Februari Sempena Tahun Baru Cina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*