Arab Saudi Umum Mula Puasa Khamis Ini

arab saudi puasa khamis

Arab Saudi Umum Mula Puasa Khamis Ini

Arab Saudi mengumumkan bahawa 1 Ramadan akan bermula pada Khamis ini, lapor Agence France-Presse (AFP).

Menurut Agensi Berita Arab Saudi, keputusan berkenaan ditetapkan oleh Mahkamah Agong pada petang Selasa (waktu tempatan). Berdasarkan ketetapan tersebut, bulan Syaban bagi kalendar Islam akan berakhir pada Rabu yang mana menandakan Ramadan bermula keesokan harinya.

Ia susulan usaha untuk melihat anak bulan pada awal Selasa tidak berhasil apabila anak bulan tidak kelihatan, lapor agensi berita itu lagi.

Selain Arab Saudi, beberapa negara lain juga mula puasa Khamis ini

Beberapa negara lain termasuk Mesir dan Qatar juga mengumumkan bahawa Ramadan di negara masing-masing akan bermula pada Khamis. Pihak berkuasa Palestin dilapor turut mengambil ketetapan yang sama.

Manakala Jordan, Algeria dan Maghribi pula akan melihat anak bulan pada Rabu. Keputusan sama ada Ramadan bermula pada Khamis atau Jumaat di negara itu akan dibuat selepas proses tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa agama di Malaysia pula akan mencerap anak bulan pada petang hari ini. Keputusan sama ada umat Islam disini berpuasa pada Khamis atau Jumaat akan diumumkan pada malam ini.

Berpuasa di siang hari dalam bulan Ramadan merupakan ibadah wajib dan sebahagian daripada Rukum Islam. Dalam tempoh berkenaan, mereka yang berpuasa antaranya dilarang makan dan minum bermula matahari terbit sehingga matahari terbenam. Mereka juga biasanya berkumpul dengan ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama.

Kemeriahan bulan Ramadan yang dinanti-nantikan

Umat Islam juga mengambil peluang kemeriahan bulan Ramadan ini untuk mencari rezeki dengan menjual pelbagai juadah berbuka. Misalnya di Malaysia, hampir semua kawasan akan dibuka bazar Ramadan dan menjadi medan untuk orang ramai mencari menu-menu tertentu untuk berbuka.

Di beberapa buah negara Islam, beberapa peraturan turut diperketatkan antaranya restoran ditutup di siang hari dan dibenarkan dibuka semula pada waktu malam.

Selain itu, bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan ibadah dimana banyak program-program agama dilaksanakan di masjid-masjid. Antara amalan-amalan yang sinonim dengan bulan puasa adalah sepeti Solat Sunat Taraweh dan juga tadarus Al-Quran.

BACA: Elak Kena Tipu, 5 Bahagian Wajib Kena Periksa Bila Beli Kereta Terpakai

Sumber: AFP

 

The post Arab Saudi Umum Mula Puasa Khamis Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*