Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Memperluas Skim Perubatan Madani (SPM) Ke Seluruh Malaysia

Skim perubatan madani seluruh malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Memperluas Skim Perubatan Madani (SPM) Ke Seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sukacitanya mengumumkan perluasan Skim Perubatan MADANI (SPM) ke seluruh Malaysia, berkuatkuasa mulai 15 September 2023. SPM merupakan inisiatif Kerajaan dalam meningkatkan akses kepada penjagaan rawatan primer akut (rawatan pesakit luar ringan) bagi golongan berpendapatan rendah.

Dengan perluasan ini, golongan B40 yang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di seluruh negara boleh mendapatkan rawatan pesakit luar ringan secara percuma di klinik swasta yang berdaftar tanpa perlu membayar sebarang caj. Kos rawatan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dan dibayar secara langsung kepada klinik swasta.

Sejak pelancaran SPM pada 15 Jun 2023, KKM telah menerima dan mempertimbangkan input dan cadangan daripada pelbagai pihak berhubung skim ini.

Sehubungan itu, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan, seperti berikut:

1. Peningkatan had fi konsultasi daripada RM30 kepada RM35
2. Peningkatan jumlah had fi konsultasi dan ubat ditingkatkan daripada RM60 ke RM70
3. Bilangan jenis ubat yang disenaraikan dalam pakej skim ini akan ditingkatkan daripada 150 kepada 170 jenis
4. Kadar bayaran yang ditetapkan untuk ubat-ubatan akan disemak kembali, agar selaras dengan harga pasaran semasa

Penerima STR boleh menyemak kelayakan dan mengenalpasti klinik SPM berdekatan melalui laman sesawang ProtectHealth htpps://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ dan hanya perlu membawa kad pengenalan untuk pengesahan di klinik semasa pendaftaran.

Sejak skim ini diperkenalkan, lebih daripada 130,000 rawatan pesakit luar telah diberikan melalui lebih 1,300 klinik-klinik swasta yang terlibat. KKM menghargai sokongan daripada semua klinik swasta yang telah menyertai SPM, dan berharap kerjasama ini akan berterusan dalam jangka masa panjang. KKM dengan ini mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel SPM, supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat skim ini.

BACA: Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik?

Sumber: Bernama

The post Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Memperluas Skim Perubatan Madani (SPM) Ke Seluruh Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*