Raya: Aliran Trafik Di Gua Musang Perlahan Tetapi Terkawal

Aliran trafik di Gua Musang

Raya: Aliran Trafik Di Gua Musang Perlahan Tetapi Terkawal

GUA MUSANG, 19 April (Bernama) — Kenderaan perantau yang pulang untuk bercuti ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri  mula membanjiri laluan masuk ke Kelantan melalui daerah ini seawal jam 7 pagi ini.

Menerusi tinjauan di laluan alternatif jalan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati, jumlah kenderaan bertambah dan aliran trafik mula perlahan tetapi pada masa yang sama bergerak dengan lancar serta masih terkawal.

Pengguna jalan raya, Atiqah Kamalia Yahya, 30, berkata beliau bertolak dari  Shah Alam, Selangor, pada jam 11 malam tadi dan tiba di sini dalam tempoh lima jam.

“Pada mulanya saya risau terperangkap dalam kesesakan terutama di Gua Musang setelah melihat rakan-rakan memuat turun mengena situasi trafik apabila jalan utama dilencongkan kepada jalan lama sebagai laluan alternatif di laman Facebook

“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana tidak terperangkap dalam kesesakan, biarpun pergerakan didapati menjadi agak perlahan mungkin kerana perantau tidak biasa melalui laluan lencongan yang baharu,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Walau bagaimanapun pekerja swasta, Rozaihad Rosli, 35, berkata beliau terperangkap dalam kesesakan bermula dari Merapoh, Pahang berlarutan sehingga ke jalan alternatif Gua Musang.

“Aliran trafik sesak dengan teruk bermula di Merapoh- Gua Musang, namun kenderaan mula bergerak lancar selepas melalui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang apabila laluan satu lorong menjadi dua lorong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, berkata hasil pemantauan yang dijalankan bahagian trafik IPD mendapati bilangan kenderaan dari arah Kuala Lumpur menghala masuk ke Kelantan mengalami pertambahan dan dijangka lebih banyak kenderaan pada petang ini atau esok.

“Kami menasihatkan pengguna jalan raya supaya bersabar dalam menghadapi situasi kesesakan lalu lintas di daerah Gua Musang serta perlu berhati-hati, selain memastikan kenderaan masing-masing diselenggara sebelum bergerak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Raya: Aliran Trafik Di Gua Musang Perlahan Tetapi Terkawal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*