Kena Belajar, Ni Cara CPR Bayi Semasa Kecemasan

cara cpr bayi

Kena Belajar, Ni Cara CPR Bayi Semasa Kecemasan

Tak ramai yang sedar tentang kepentingan bantuan pernafasan hinggalah berlakunya tragedi yang hampir meragut nyawa.

Kalau nak tahu, bantuan pernafasan adalah salah satu perkara yang wajib dipelajari kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa ketika dalam kecemasan.

Penting untuk ambil tahu, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil dan suka membuat aktiviti luar. Lagi beberapa sahaja nak masuk tahun baru, mungkin boleh letak dalam azam untuk pelajari cara beri bantuan pernafasan terutamanya kepada bayi.

Untuk tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Ibu Ayah, Anda WAJIB Tahu Cara Bantuan Pernafasan Untuk Anak! Ini Panduan Lengkap Tentangnya

Kredit: Hello Doktor

Bantuan pernafasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), merupakan prosedur menyelamatkan nyawa. Prosedur ini perlu dilakukan apabila nafas atau nadi anak anda terhenti. Keadaan ini akan mengakibatkan sesak nafas atau kecederan lain. Antara cara melakukan bantuan pernafasan adalah seperti berikut:

  • Memberikan pernafasan mulut ke mulut untuk memberikan oksigen ke dalam paru-paru.
  • Menekan dada untuk memastikan pengaliran darah tidak berhenti.

Kerosakan otak atau kematian boleh terjadi dalam masa berapa saat sekiranya pengaliran darah anak anda terhenti. Anda perlu melakukan bantuan pernafasan ini sehinggalah anak anda kembali bernafas dan mempunyai nadi ataupun sehingga pakar perubatan tiba.

Apakah punca dan simptomnya?

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan nadi dan nafas anak anda terhenti. Antaranya ialah lemas, renjatan elektrik, pendarahan yang teruk, keracunan, sesak nafas, penyakit paru-paru, trauma pada kepala ataupun apa-apa kecederaan yang serius. Bantuan pernafasan perlu dibuat sekiranya anak anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti tidak bernafas, hilang nadi dan tidak sedarkan diri.

Hubungi nombor kecemasan

Sekiranya anda berseorangan bersama anak anda dan anak anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu pantas menghubungi nombor keselamatan di samping melakukan bantuan pernafasan. Jika anak anda masih tidak sedarkan diri namun masih bernafas, tunggu sehingga bantuan kecemasan tiba. Ketika ini, anak anda tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan. Bantuan pernafasan perlu dilakukan secara betul untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Langkah pencegahan

Kanak-kanak sangat mudah terdedah dengan bahaya. Berikut merupakan tip yang boleh mengurangkan risiko kejadian buruk berlaku:

  • Ajar anak anda tentang keselamatan dalam rumah.
  • Ajar anak anda berenang.
  • Ajar anak anda berhati-hati dengan kenderaan dan menunggang basikal dengan berhati-hati.
  • Pastikan anda mengikut arahan penggunaan kerusi untuk kanak-kanak dalam kereta.
  • Ajar anak anda tentang keselamatan berkaitan bahan api.
  • Pastikan anak anda memahami perkataan “jangan sentuh”.

Jangan memandah rendah terhadap anak anda. Pastikan mereka mahir dalam teknik menyelamatkan diri ketika berlaku kejadian tidak diingini. Ini kerana respon semulajadi yang datang dari anak anda berpeluang menyelamatkannya daripada apa-apa bentuk kecederaan. Selain itu, gunakan tali penghadang untuk memastikan keselamatan anak anda ketika berada dalam stroler atau kerusi yang tinggi.

Pastikan anak anda hanya bermain dengan permainan sesuai mengikut umurnya. Perhatikan setiap bahagian permainan-permainan yang kecil bagi mengelakkan mereka tercedera atau tertelan bahagian mainan tersebut. Selain itu, simpan bahan kimia bertoksik dan bahan pencuci di dalam tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak anda.

Perhatikan anak anda dan pastikan mereka menjauhi kawasan berbahaya seperti kawasan air atau perabot-perabot. Elakkan juga mereka daripada peralatan elektrik, alat memasak, ubat-ubatan dan barang-barang lain yang berisiko mencederakan anak anda.

Sumber: Hello Doktor

The post Kena Belajar, Ni Cara CPR Bayi Semasa Kecemasan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*