Toyota Gantung Penjualan Model Yaris Ativ Di Thailand Akibat Masalah Ujian Keselamatan

Toyota yaris ativ thailand

Toyota Gantung Penjualan Model Yaris Ativ Di Thailand Akibat Masalah Ujian Keselamatan

Pembuat kereta Jepun, Toyota Motor Corp telah menggantung penjualan kereta jenis Yaris Ativ selepas sekutunya Daihatsu terlibat dalam penipuan ujian keselamatan perlanggaran sisi.

Berita itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota bagi rantau Asia, Masahiko Maeda dalam sidang media di Bangkok.

Menurut Maeda, masalah itu mungkin berlaku disebabkan tekanan semasa pembuatan model Ativ, sambil menambah bahawa kenderaan yang digunakan pelanggan adalah selamat.

“Sekiranya pembuatan dijalankan dalam keadaan yang sesuai, masalah seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku,” kata Maeda.

“Saya fikir bahawa perkara itu masih berlaku, ia bermaksud terdapat tekanan dalam pembuatannya,” kata Maeda lagi.

Tambah beliau lagi, pengeluaran kenderaan dalam saiz yang agak besar mungkin telah memberi cabaran dalam pembuatan tersebut.

Toyota dan Daihatsu dedahkan pada bulan lalu bahawa mereka sedang menyiasat bagaimana keputusan ujian keselamatan telah ditukar.

BACA: Daihatsu Mengaku Palsukan “Result” Ujian Kemalangan, Kereta Perodua & Toyota Antara Yang Terlibat

Ujian keselamatan perlanggaran sisi telah dijalankan kira-kira 88,000 kereta kecil yang kebanyakannya adalah Ativ.

Thailand adalah pusat global keempat terbesar Toyota mengikut jumlah pengeluaran selepas Jepun, AS dan China.

Negara itu mengeluarkan kira-kira 659,000 kenderaan termasuk model jenama mewahnya Lexus di negara itu pada tahun lepas.

Terdahulu, Daihatsu Motor Co. anak syarikat Toyota Motor Corp., mengakui bahawa mereka telah memanipulasi keputusan ujian kemalangan. Ujian itu telah dibuat ke atas 88,000 unit kereta yang dijual di Thailand dan Malaysia sejak tahun lalu.

Memetik Bloomberg, antara model yang terlibat adalah Toyota Yaris Ativ dan Agya.  Termasuk kereta Perodua yang dikeluarkan atas usaha sama dengan Malaysia serta kenderaan yang dibangunkan oleh Daihatsu.

Kesemua kenderaan yang terlibat itu dilaporkan telah dijual di Thailand, Malaysia, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Indonesia dan Mexico.

Menurut Daihatsu, kereta tersebut dipercayai mempunyai masalah komponen di dalam kemasan pintu semasa ujian kemalangan yang mungkin akan mempengaruhi keputusan berbeza.

Presiden Daihatsu mohon maaf

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf ke atas kepercayaan pelanggan dan pihak berkepentingan yang telah kami khianati,” kata Presiden Daihatsu, Soichiro Okudaira dalam taklimat media pada Jumaat lalu.

Model Toyota yang terjejas telah menjalani ujian keselamatan dalaman sejak Khamis dan didapati tidak mempunyai masalah, kata Pengerusi Toyota, Akio Toyoda.

Sumber: Bangkok Post

The post Toyota Gantung Penjualan Model Yaris Ativ Di Thailand Akibat Masalah Ujian Keselamatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*