Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh

kanak-kanak dibunuh

Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh

LAHAD DATU — Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemukan dalam keadaan tragis selepas terdapat kesan torehan pada kaki dan tangan yang diikat serta kepala tersepit pada pokok.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh sebelum ditemui oleh ibunya sendiri di sekitar kawasan semak di Kampung Panji sekitar jam 3 petang semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak, penemuan mayat terbabit diketahui selepas pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan 999.

“Menurut ibu mangsa yang berusia 20-an, anaknya keluar bermain. Namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada jam 12 tengah hari, Sabtu.

“Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada jam 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Mayat Kanak-Kanak Jatuh Longkang Ditemukan Selepas Empat Kali Laungan Azan

Tambah Azmir, orang awam segera meminta pertolongan pihak berkuasa selepas digesa oleh ibu mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa dalam keadaan tangan kanan terikat, kepalanya turut tersepit antara dua belah pokok.

“Selain itu, kepala mangsa juga cedera dipercayai dicederakan menggunakan objek tajam. Serta kesan torehan pada kedua belah tangan dan kaki kiri,” jelasnya lagi.

Susulan itu, seorang lelaki warga asing berumur 30-an berjaya ditangkap hasil maklumat daripada orang awam.

“Turut ditahan kedua ibu bapa mangsa masing-masing berusia 20-an dan 30-an.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan,” kata Azmir dalam kenyatan tersebut.

Oleh itu, beliau menasihatkan supaya orang awam di daerah berkenaan tidak gusar dan menyampaikan maklumat yang tidak sahih.

BACA JUGA: Kanak-kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkap Hotel

Terdahulu, mayat seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), 6, ditemukan di dalam semak dua bulan lalu, lapor Astro Awani.

Dipercayai, mayat tersebut maut akibat dipukul, dibunuh dan disumbat ke dalam guni sebelum dibuang. Susulan itu, seorang lelaki telah didakwa atas perbuatan keji itu terhadap anak teman wanitanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*